Fenomena kereta mini Tamiya

fenomena kereta mini tamiya

Assalamualaikum & salam sejahtera. Fenomena kereta mini Tamiya. Tamiya adalah satu jenama produk permainan yang tidak asing dahulu sekitar tahun 90 an bersama-sama siri animasi kartun Jepun, Dash Yankuro. Semasa itu aku masih di sekolah rendah lagi. Rancangan animasi ini memang sangat popular ketika itu.

Seni pertahankan diri untuk perempuan

Sekarang fenomena kereta mini Tamiya telah kembali. Model mini ini berskala 1:32. Tak silap aku sejak tahun 2003 ianya telah bermula. Kini semakin popular kerana model-model kereta mini yang lama semakin sukar dijumpai. Jangan korang terkejut kerana ada model-model kereta mini tertentu dijual dari ratusan hingga ke ribuan ringgit. Harganya jadi melambung tinggi dek kesukaran mendapatkannya dan permintaan yang tinggi serta model kereta mini Tamiya itu keluaran kilang dari Jepun. Untuk info, kereta mini Tamiya yang ada sekarang adalah keluaran kilang di Filipina.

Dapatkan panduan mudah menjahit baju disini!

Popularnya kereta mini Tamiya ini dapat juga dilihat melalui banyaknya group-group fan page Tamiya di media sosial seperti di Facebook dan banyak website mengenainya. Kalau tak percaya korang cuba taip Tamiya mesti keluar list sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Kedai-kedai yang menjual barangan dan aksesori Tamiya ini pun semakin banyak dibuka. Pertandingan-pertandingan dan perlumbaan-perlumbaan semakin banyak dianjurkan sama ada terbuka dan tertutup. Ini semua telah menyebabkan kepopularan model-model kereta mini Tamiya.

Cara mudah untuk mengetahui waktu subur?

Fenomena kereta mini Tamiya inilah menyebabkan aku membeli 2 model mini Tamiya yang rare ini. Model ini adalah dari jenis Truckin’ dan ada 2 model iaitu Sunny Shuttle dan Jolly Joker dari keluaran yang pertama. Harganya boleh tahan juga mahal dek sukar nak dapat lagi model sebegini. Tetapi kerana designnya yang old skool dan warnanya merah biru, ditambah pula minat yang bergelora, aku pun terbeli juga. Dan jika ada rezeki lagi, pasti akan aku beli lagi untuk dibuat pelaburan dan boleh menjana pendapatan. Tak pun disimpan untuk kenangan sebagai collector. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik laman website ini. Wassalam…peace out

P/s – Kedai Tamiya di JB yang aku tahu ialah di Giant Tampoi dan di Taman Gaya.

SHARE IF YOU CARE --->
35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.