16 Mei Hari Guru
Assalamulaikum & salam sejahtera. 16 Mei Hari Guru. Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun oleh setiap pelajar untuk gurunya bagi menghargai jasa guru yang mengajarnya dan memberikan didikan. Temanya bagi tahun ini ialah ‘Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda’.
Tugas guru atau bahasa mudahnya cikgu adalah satu tanggungjawab yang berat. Aku tau kerana aku adalah anak seorang pesara guru dan adik aku juga seorang guru. Tanpa guru maka tak dapat ilmu disampaikan kepada anak muridnya. Oleh yang demikian negara kita beruntung kerana kerajaan Malaysia mementingkan pendidikan dalam setiap bajet tahunannya. Malah aspek pendidikan mendapat bajet yang tertinggi dan yang terpenting kerana tanpa pendidikan yang sempurna maka masa depan sesebuah negara akan hancur.
Ramai juga diantara rakan-rakan bloggerku adalah guru. Secara tidak langsung dapatlah juga dia orang menyampaikan ilmu di dalam talian. So, disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru di Malaysia. Apa kata layan sekejap lagu untuk cikgu-cikgu seluruh Malaysia
Wassalam…peace out
P/s – Al-Fatihah kepada sepupuku juga seorang guru yang telah meninggal dunia kerana kanser paru-paru pada 15hb Mei 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin
selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru dan takziah kepada bro dan keluarga
terima kasih puteri..
selamat menyambut hari guru
moga2 guru2 kita sentiasa beroleh kebahagiaan
dunia dan akhirat
selamat hari guru bro tehr…
Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia ni.
Takziah kepada keluarga sepupu bro yang juga seorang guru tu.
terima kasih bro..
Selamat menyambut Hari Guru. 🙂
Guru adalah pelita kehidupan..
Selamat hari guru buat semua insan bernama guru
jasa mereka akan dikenang..
Selamat hari guru buat semua warga pendidik 1 malaysia..hehe
susah payah mereka mengajar kita menjadi insan yang berguna..
guru penggerak negara maju cewah tak de rguru satu benda kita tak tahu ..tahu asyi bt silap jer heee
betul tu suri, tanpa guru tak mungkin kita boleh belajar sesuatu..
Guru terbaik sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. pada masa yg sama juga, pengalaman boleh menjadi guru yg baik. Kesalahan memberi panduan serta kata-kata pujian sebagai benteng sempadan
betul tu LA, sokong 100 peratus
First..aku ucapkan Takziah …
ke-2.. nak amek ksempatan ni ucap “selamat hari guru” kepada guru2 tidak kira guru ape pun.. korang tetap mgajar mendidik kan.. hehehe… jalankan tggungjawab yang diberi dgn ikhlas.. tanpa guru mungkin aq tak sberjaya hari ni..
terima kasih. betul tu guru berat amanahnya..
Selamat hari guru dan takziah kepada keluarga allahyarham sepupu bro. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
tq bro…berita sedih di hari guru..