2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku yang kacak. Ini adalah contest seo yang dianjurkan oleh blogger Syaifuddin Alias menggunakan keyword 2012 tahunku yang kacak.
Ini juga merupakan contest kedua yang aku cuba sertai. Macam yang pernah aku katakan, kemenangan bukanlah perkara utama yang aku inginkan (siapa tak mahu menangkan) tapi ini adalah salah satu cara aku menyokong rakan blogger yang lain. Kalau owner contest nak bagi aku menang, aku terima dengan tangan yang luas.

2012 Tahunku yang kacak dalam berblogging

Berbalik kepada tajuk diatas, tahun 2012 merupakan tahunku yang kacak kerana pada tahun nilah aku mula aktif berblogging. Ini semua atas dorongan rakan bloggerku iaitu hatiputera yang banyak membantu aku dalam mengenali dunia blog. Walaupun aku dah register blog pada April 2011, tapi masalah masa, ilmu blogging serta perkara-perkara yang perlu aku tahu sebelum menceburi dunia blogging ni, menyebabkan aku tidak dapat menguruskan blog yang telah aku buat. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada hatiputera. Dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang lain seperti Jebengotai, Shakiddo, Akubiomed, Donniyen, Denaihati dan banyak lagilah yang tidak dapat aku sebutkan kerana terlalu ramai dalam menyokong aku, memberikan tips-tips SEO seterusnya memajukan blog aku ini. Dengan sokongan daripada anda semua maka blog aku telah mendapat pagerank 1. Terima kasih semua, jasamu akan aku kenang sampai bila-bila.

Selain daripada itu dalam dunia realiti, pada tahun 2012 aku telah mendapat anak yang ketiga. Fakhrul Azeeq Lutfi dilahirkan pada 4 hb Jun 2012. Kesemua anak-anakku adalah lelaki. Jadi kelahiran Azeeq telah melengkapkan hidupku dan melengkapkan satu team takraw. Itulah kata-kata rakan-rakanku. Tapi aku tak kisah dan aku bersyukur kepada Ilahi yang aku dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Akhir sekali semoga entri aku kali ini dapat memikat owner/juri contest ini. Dan aku juga berharap yang aku akan cuba menyertai seberapa banyak contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggerku yang lain. Dengan lain kata, 2012 adalah tahunku yang kacak.

Contest anjuran Syaifuddin Alias, ditaja oleh Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk[dot]com, LadFeamir, My Arazzipenmerah[dot]com, puanbee[dot]com dan nurmisnan.

P/s – Jangan lupa klik Google + ye….
SHARE IF YOU CARE --->
104 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.