3 Blog Pilihan Terbaik

3 blog pilihan terbaik. Ini adalah contest SEO yang dianjurkan oleh blogger Amirez (dot)com  yang menggunakan keyword 3 blog pilihan terbaik.

Ini adalah contest pertama yang aku cuba masuk. Hadiah yang ditawarkan agak menarik dan bilangan penaja semakin ramai untuk menajakan hadiah kepada bakal pemenang nanti. Konsep contest ini adalah pertandingan SEO, yang aku hanya tahu sikit-sikit jek. Itu pun nasib baik ada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi ilmu. Walaupun peluang untuk menang agak tipis, tapi aku tak kisah. Yang penting kenalah mencuba. Manalah taukan.

Antara 3 blog pilihan terbaik

Antara 3 blog pilihan terbaik mengikut pendapat aku ialah sebagaimana berikut. Walaubagaimanapun pada aku semua blogger-blogger kat Malaysia ni memang terbaik.

Blog Denaihati
Aku memilih blog ini kerana blog ini mempunyai pengikut setianya yang ramai. Blog ini juga menjadi idola semua blogger. Artikel -artikel di dalam bermanfaat untuk beginner macam aku seperti tip-tip blogging, SEO dan sebagainya. Sesuai dengan taglinenya Hidup untuk memberi, banyak contest yang dianjurkan di dalam blog ini dengan menyediakan hadiah yang lumayan.

Blog Shakiddo
Blog ini pulak aku pilih sebab ianya sebuah blog personal yang menceritakan tentang famili. Selain tu blog ada juga menceritakan tentang produk bagaimana untuk mendapatkan pendapatan di internet melalui nuffnang.Penulis blog ini juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu terutamanya dalam mendapatkan BE dari nuffnang serta tips-tips blogging yang baik.

Blog Akubiomed

Satu lagi blog kegemaran aku. Beliau merupakan seorang blogger yang rajin blogwalking dan suka merendah diri walau sudah berada dikedudukan PR yang tinggi. Jangan bimbang jika anda meninggalkan komen di dalam blog beliau, pasti beliau akan membalas komen tersebut seterus singgah di blog anda. Memang tidak mengecewakanlah.

“Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House

P/s – Jangan lupa klik Google + tu yee

DON'T FORGET TO SHARE --->

73 Replies to “3 Blog Pilihan Terbaik

  1. askm. good luck untuk contest 3 Blog Pilihan Terbaik dan terima kasih jadikan denaihati pilihan. tanpa sokongan rakan semua belum tentu sampai ketahap ini.

  2. terima kasih sudi join contest di blog saya. tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember 2012. banyak boleh buat lagi ni untuk kukuhkan lagi ranking kat SERP 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.