AIM 19 penuh klimaks

Assalamulaikum…….salam sejahtera…….

Anugerah Industri Muzik ke 19 baru je melabuhkan tirai beberapa jam yang lalu…
Dengan pengacaranya yang mantap iaitu Aznil Hj. Nawawi dan Adibah Nor…
AIM19 kali aku anggap yang terbaiklah…tidak meleret macam ASK hari tu…

Berikut ialah senarai penuh pemenang AIM19 :-

Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)

 
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Forteen (Seperti Dulu)

Kulit Album Terbaik
Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)
 
Rakaman Album Terbaik
Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)

Video Muzik Terbaik
Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
 
Lagu Pop Etnik Terbaik
Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora

Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer

Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique –

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu  
Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor) 
 

Album Terbaik
SalamMusik (Salam – SalamMusik)

Anugerah Kembara – Mizz Nina

Anugerah Seri Wirama – Alleycats
 
Lagu Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)

Tahniah kepada mereka yang menang. Pada yang tidak berjaya jangan putus asa. Teruskan menghasilkan karya-karya muzik yang berkualiti pada masa hadapan.

Cuma yang menarik perhatian aku ialah pada kategori Album Terbaik, yang dimenangi oleh band SalamMusik… Sekurangnya ada juga band yang asalnya underground menang dalam satu kategori utama..
Dah lama tak dengar kat Malaysia ada band yang genrenya raggae. Tengok diorang ambil hadiah atas pentas teringat aku masa zaman aku pergi gigs dulu-dulu sekitar tahun 1998-2000. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah aku sanggup ke Kedah, Perak dan banyak di K.L untuk menghadiri gigs disana. Supporter kata orang.. Support underground scene…. Masa tu supporter tak ramai sangat….kalau tak sokong diorang sapa lagi yang nak sokongkan…..

So, sampai sini entri aku kali ni….aku nak melayan bola plak (Man United vs Norwich City)
Wassalam……..peace out

SHARE IF YOU CARE --->
23 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.