Akhirnya hujan pun turun

Assalamualaikum & salam sejahtera. Akhirnya hujan pun turun. Syukur Alhamdulillah. Cuaca panas dan berjerebu yang semakin membimbangkan kini semakin pulih dengan akhirnya hujan pun turun membasahi bumi. Cuaca panas ini juga memberikan kesan kepada kesihatan aku. Beberapa kali juga aku dan seluruh keluargaku dilanda demam selsema.

Nak kurus dalam masa 25 hari!

akhirnya hujan pun turun

Panduan jahit baju melayu Johor!

Umum diketahui cuaca panas ini berlaku sejak dari awal tahun 2014 lagi. Cuaca panas ini juga telah menyebabkan musim kemarau berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Sehinggakan air empangan menjadi kering dan berada di paras kritikal. Catuan air terpaksa dilakukan demi memastikan bekalan air di empangan tidak terus kekeringan. Kebakaran hutan dan tanaman serta harta benda pun sering berlaku pada musim panas ini telah menyebabkan jerebu bertambah buruk dan kualiti udara tidak sihat. Pembenihan awan juga terpaksa dilakukan demi mengharapkan hujan turun dan mengurangkan kepanasan cuaca dan menambah isipadu air di empangan. Bagi orang Islam pula, digalakkan mengadakan solat hajat memohon hujan turun dari Yang Maha Esa.

Buat duit dengan Jobdirumah!

Dan akhirnya hujan pun turun pada hari ini. Suhu kepanasan pun dapat dikurangkan dan tumbuh-tumbuhan yang layu dan kering kini segar kembali. Isipadu empangan pun semakin bertambah. Kebakaran hutan dan tanaman pun dapat dikurangkan. Jerebu pun sudah berkurangan. Kualiti udara pun semakin baik. Apa-apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya hujan pun turun ini membawa rahmat kepada kita semua.

P/s – Semoga MH370 dapat ditemui dengan segera. Amin

DON'T FORGET TO SHARE --->

18 Replies to “Akhirnya hujan pun turun

  1. Alhamdulillah..Ya Allah ampunilah
    dosa-dosa kami..turunkanlah hujan yang lebat supaya empangan2 kami dipenuhi
    air..supaya udara kembali bersih..supaya langit kembali cerah..temukanlah
    pesawat MH370 supaya anak2 kembali ke pangkuan ibubapa..suami2 kembali ke
    pangkuan isteri..ibu2/ayah2 kembali ke pangkuan anak2..isteri2 kembali ke
    pangkuan suami2..aminn..

    Tips
    Atasi Masalah Rambut Gugur

  2. rasa nak menagis sebab hujan tak turun..bumi makin kering kebakaran sana sini melata sahaja.bila hujan hati sedetik lega. anak gembira bermain di luar bersama rakan

  3. alhamdulillah…semalam hujan dari pagi sampai petang…walaupun sekejap2…alhamdulillah…langit nampak lebih cerah dan segar

    p.s – ada lagi iklan potong bra kat belah kanan ni…hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.