Aksesori terbaru keretaku

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aksesori terbaru keretaku. Ala bukannya benda hebat pun cuma bagi sekadar mencantikkan kereta dan berguna bagi pengguna kenderaan macam aku. Nama pun aksesorikan. Terpulanglah kepada kehendak dan akal fikiran masing-masing.

Aksesori terbaru keretaku

Aksesori pertama aku ialah bakul sampah. Penting adanya bakul sampah di dalam kereta. Selain dari mendidik anak-anak aku supaya jangan membuang sampah keluar dari kereta dapat juga mendidik mereka menjaga alam sekitar. Ramai juga pemandu tidak mementingkan tong sampah di dalam kereta.

Aksesori terbaru keretaku

Aksesori kedua pula ialah Beginner mark. Beginner mark ini sebenar satu tag kereta yang popular dikalangan para modifikasi kereta terutamanya peminat k-car. Tag ini asalnya dari negara matahari iaitu Jepun. Disana tag ini dikhaskan untuk pemandu-pemandu yang baru mendapat lesen memandu. Bagi peminat k-car Malaysia tag ini melambangkan pelengkap kepada modifikasi kereta mereka dari negara Jepun.

Aksesori terbaru keretaku

Aksesori yang ketiga lagi penting, bilah wiper kereta. Penting kita tukar bila ianya tidak lagi berfungsi dengan baik lebih-lebih waktu hujan turun dengan lebatnya. Yang aku beli ini adalah jenis tanpa tulang atau boneless. Taklah mahal sangat, tapi yang penting boleh berfungsi dengan baik dan menjamin keselamatan pemanduan kita di jalan raya.

Teringat aku kepada blogger ini yang sudah mengupgrade keretanya dengan spesifikasi Jepun. Banyak modal yang telah dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepadanya. Walaupun nampak macam membazir tetapi minat telah mengatasi segala-galanya. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.