Aktiviti di hujung minggu

Aktiviti di hujung minggu

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aktiviti di hujung minggu. Hujung minggu ini kesemua hero-heroku telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dan Aeon Jusco Permas Jaya. Aktiviti dianjurkan adalah sempena Program Jom Daftar Taska/Pusat Jagaan bagi menggalakkan semua taska ataupun pusat jagaan seluruh Johor Bahru khususnya dan seluruh negeri Johor amnya berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya kejadian yang tidak dingini dapat dielakkan. Acara ini dimeriahkan oleh pengusaha-pengusaha taska di seluruh Johor Bahru dengan penyertaan kanak-kanak dibawah jagaan pusat asuhan dan taska masing-masing. Program ini berlangsung dari 1 Mac 2013 hingga 3 Mac 2013. Bermacam-macam aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan melukis, mewarna dan pertandingan bayi comel. Walaupun hadiahnya tidaklah lumayan tapi penyertaan dari kanak-kanak amatlah memberansangkan. Berikut adalah acara yang disertai olah hero-heroku :
 

Aktiviti di hujung minggu
Fakhrul Aiman Lutfi heroku no 2 (yang meniarap) menyertai pertandingan mewarna
Aktiviti di hujung minggu
Fakhrul Azeeq Lutfi heroku no 3 menyertai pertandingan bayi comel
Aktiviti di hujung minggu
Fakhrul Anaqie Lutfi heroku no 1 menyertai pertandingan membina blok lego
Inilah aktiviti pertama kali ketiga-tiga heroku sejak mereka dihantar ke Taska D’Utama, Tampoi. Tak kisahlah janji mereka happy berada disana, itu yang penting. Terima kasih kepada pengusaha Taska D’Utama kerana menjaga hero-heroku dengan baik.
Wassalam…peace out
SHARE IF YOU CARE --->
21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.