Semifinal pertama Al Qadsia SC vs JDT Piala AFC 2015

Semifinal pertama Al Qadsia SC vs JDT Piala AFC 2015. Ini adalah perlawanan semifinal pertama bagi pasukan JDT dalam Piala AFC 2015. Untuk info pasukan JDT berjaya melayakkan diri setelah menewaskan pasukan South China AA dari Hong Kong pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2015 yang lepas. Berikut adalah butir-butir perlawanan itu nanti :-

Ebook panduan menjahit baju Melayu!

Al Qadsia SC vs JDT AFC 2015VS

Al Qadsia SC vs JDT AFC 2015

Al Qadsia SC vs JDT Piala AFC 2015

Tarikh : 29hb September 2015 (Selasa)

Masa : 8.00 Malam (12.30 Pagi Waktu Malaysia)

Tempat : Stadium Kuwait SC, Kuwait City

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
Server 1
Server 2
Server 3

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
Al Qadsia ( 3 )
VS
JDT ( 1 )

Panduan mudah hamil cara Islam!

Pasukan JDT akan menentang pasukan dari Kuwait iaitu Al Qadsia SC bagi perlawanan semifinal pertama dalam kejohanan Piala AFC 2015. Pasukan ini pernah menjuarai Liga Premier Kuwait sebanyak 16 kali. Al Qadsia SC juga berjaya menjadi juara dalam Piala AFC 2014 selepas 3 kali penampilan mereka. Untuk info, misi pasukan Al Qadsia SC bagi tahun 2015 ini ialah mempertahankan kejuaraan mereka. Oleh itu diharap perlawanan semifinal atau separuh akhir pertama Al Qadsia SC vs JDT ini dapat memberikan perlawanan yang menarik nanti.

Semoga perlawanan semifinal pertama Al Qadsia SC vs JDT Piala AFC 2015 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan mengekalkan permainan yang konsisten seperti perlawanan sebelum ini. Dengan ketiadaan tonggak utama iaitu Luciano Figueroa yang digantung perlawanan akibat layangan kad merah, pastinya sukar buat barisan serangan terutamanya penyerang Safee Sali, Amri Yahya dan Leandro Velazquez. Apa-apa pun harapan penyokong Harimau Selatan agar para pemain dapat memberikan persembahan yang terbaik serta bermain habis-habisan demi maruah negeri Johor khususnya dan amnya negara kita Malaysia di mata Asia nanti. Buat penyokong, jagalah nama baik pasukan JDT serta perilaku sekiranya menyaksikan perlawanan di sana nanti.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.