Apa itu algoritma Google

Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa itu algoritma Google. Baru-baru ini Google telah memperkenalkan satu algoritmanya yang terbaru iaitu Hummingbird. Blog aku juga sudah terkena penangan Google Hummingbird ini. PageRank blog aku telah turun. Tapi takpe, ini semua tak mematahkan semangat aku dalam berblogging ini. Malah aku semakin teruja ingin belajar demi kebaikan blog aku sendiri.

Panduan menjahit baju melayu!

Apa itu yang dimaksudkan Algoritma Google

Berikut adalah Algoritma Google yang diperkenalkan sejak tahun 2011 :-

Apa itu Algoritma Google
Klik gambar untuk lebih jelas

Apakah yang dimaksudkan dengan algoritma Google. Algoritma Google adalah satu program yang dibuat langkah demi langkah dalam sesuatu proses secara automatik. Program ini memudahkan enjin carian menilai sesuatu blog ataupun website secara automatik. Tujuan algoritma Google dibuat adalah untuk memeriksa data dari satu blog atau website. Ini termasuk memeriksa domain, memproses link, memproses pengisian dan sebagainya. Selepas melalui proses ini barulah dimasukkan didalam enjin carian mengikut keyword yang dicari.

Doa-doa khusus bagi mendapatkan anak!

Bagi algoritma Google Hummingbird ini pula, Google tidak lagi bergantung semata-mata dengan keyword didalam enjin carian sahaja. Kini algoritma google berdasarkan 3 perkara utama iaitu :-

  • Informasi – Pengguna yang mahukan maklumat umum
  • Navigasi – Pengguna yang mahukan laman web yang tertentu
  • Transaksi – Pengguna yang ingin menjalankan sesuatu transaksi

Tips melembutkan doh dan roti!

Jadi untuk tips dan cara mengadaptasi algoritma Google Hummingbird bagi blog dan website korang ialah : –

  • Memastikan setiap pengisian entri disertakan dengan 3 perkara utama diatas tersebut sama ada secara berasingan atau kesemuanya.  Cuba masukkan keyword yang sering dicari pengguna dan gunakan sekerap yang mungkin.
  • Luaskan penggunaan keyword. Gunakan keyword yang berkaitan dengan keyword yang korang sedang gunakan. Caranya ialah gunakan keyword yang sering memberikan korang trafik ( semak di google webmaster atau google analytic).
  • Jalan yang paling mudah ialah gunakan keyword yang dicadangkan oleh enjin carian jika tiada idea.
  • Bina backlink dari laman yang relevan dengan blog atau website korang, yang tinggi trafiknya dan tinggi PageRanknya.

Ingin berjinak-jinak dengan dunia Affiliates!

Itu sahajalah sedikit sebanyak informasi mengenai apa itu algoritma Google Hummingbird yang aku dapat sampaikan. Ini adalah mengikut kefahaman aku dan Google sekarang memang sudah semakin cerewet kerana ingin memastikan blog atau laman web yang berkualiti sahaja mendapat tempat di enjin cariannya. Semoga entri aku “Apa itu algoritma Google” ini dapat membantu korang dalam tips SEO 2014 ini dan mengadaptasi algoritma Google Hummingbird ini. Wassalam…peace out

Sumber : Link-assistant.com

DON'T FORGET TO SHARE --->
32 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.