Apa itu parking pole? Ingin tahu apa itu parking pole? Ianya salah satu aksesori kereta yang popular di Malaysia terutamanya kereta yang asasnya dari Jepun. Kebanyakan bagi peminat modifikasi kereta buatan Malaysia ke kereta buatan Jepun memasang parking pole sebagai aksesori kereta mereka.
Tapi apakah itu parking pole? Parking pole atau parking mark dalam bahasa mudahnya berfungsi sebagai satu alat yang memudahkan dan membantu kita meletakkan kereta di petak meletak kenderaan. Kedudukannya yang terletak disebelah hujung kiri kereta bertujuan memberitahu kita dimana kedudukan hujung kenderaan dan dalam masa yang sama memudahkan kita meletakkan kereta kerana kita dapat mengagak kedudukan sebenar hujung kereta kita. Ini dapat mengelakkan daripada kita bergesel dengan pembahagi jalan, dinding atau tembok.
Apakah itu parking pole sebenarnya?
Parking pole sebenarnya telah dipasang di kebanyakan kereta di negara Jepun sebagai satu aksesori wajib. Hampir semua jenama kereta dari Jepun mempunyai parking pole. Tetapi kereta import dari negara Eropah juga ada dipasang parking pole ini sebagai aksesori tambahan.
Ini adalah aksesori yang terbaru yang dipasang pada kereta Alza aku. Parking pole yang dipasang ini diambil dari model Toyota. Kiranya kembar dengan Perodualah kat sini selain dari model Daihatsu. Jadi pemasangannya hanya ‘plug and play’ dan mudah dipasang secara DIY dirumah sahaja. Bagi mereka yang tidak mahir, bolehlah ke kedai aksesori kereta untuk membuat pemasangan.
Harga parking pole adalah berbeza mengikut model kereta. Bagi parking pole model Toyota ini, harganya boleh tahan mahal juga kerana aku membeli set yang baru, tapi apabila minat mengatasi segala-galanya, wang bukanlah menjadi halangan. Jika ada rezeki tambahan pastinya aku akan cari lagi aksesori buat kereta Alza aku lagi.
Semoga dengan perkongsian cerita apa itu parking pole ini dapat menerangkan kepada anda semua mengenai parking pole. Ianya bukan sekadar aksesori kereta malah berfungsi membantu kita meletakkan kereta. Buat peminat modifikasi kereta dari Jepun, jangan lupa dapatkan parking pole untuk kereta anda. Barulah JDM namanya. Sebagai tambahan, bagi menjaga kereta kesayangan kita dengan lebih baik lagi dan tidak mudah ditipu dengan bengkel, dapatkan panduan menjaga kereta dibawah ini sebagai sumber rujukan anda.
Tidak lupa juga buat mereka yang ingin mendapatkan penjimatan minyak dan menambahkan kuasa pickup kereta anda, bolehlah dapatkan Nitro OBD2 Original Malaysia dari ejen yang sah. Pemasangannya secara ‘plug and play’ dan tidak memberi kesan kepada waranti kereta anda. Sila semak ejen berdekatan dengan tempat anda menerusi link Facebook dibawah ini;
[+] KLIK DISINI – NITRO OBD2 ORIGINAL MALAYSIA
ATAU
# Bagi yang tinggal di kawasan Skudai, Senai dan Gelang Patah, bolehlah mendapatkan Nitro OBD2 menerusi Whatsapp di;
Tkt kene cabut dgn kaki gian… djualnye Rm20 kang mampos kite beli ratus2… dah la payah sgt2 nak cari.
Itu kita kena tawakal jelah.. lagi pun jenis yg ini boleh ditanggal dan dipasang semula..
Maknanya boleh pasang kat Kenari juga la ni…kena bagitau suami ni
Boleh aje.. ikut kreativiti masing2
Salam bro, kt ne nak beli bende ni? Ni auto punye ea? Leh naik turun
Wsalam yg ni saya beli dgn member, kalau nak beli dlm mudah.my ada jual bro….
Aksesoris yang sangat penting, harus dibeli juga nie
trims buat infonya dan salam sukses 🙂
Sama2 bagus dapat membantu
baru tahu fungsi parking pole ni.. tq atas info bro
Sama2 bro…
tak pandai sangat pasal kereta. tapi aksoseri mcm ni mmg boleh membantu pemandu daripada terbabas jauh masa parking kereta
Fungsinya sangat berguna untuk parking yg sempit
mahal ke idok mnde ni?
Boleh tahanlah bro, ratusan juga harganya, tapi kalau dah minat, pejam mata je…
aku ingatkan benda ni antenna radio..hahaha
haha skrg dah taukan….kalau tgk keta bdk modified mesti ada benda ni…especially kereta perodua modified..
baru tahu kegunaannya…parking pole honda stream ada tak bro….?
untuk honda lagi banyak pilihannya….
sesuai untuk kakak gua nih..
boleh bro belikan untuk kakak tu, kat kl banyak jual..
ermmm still x faham kegunaan dia, xda gambar atau video ker bro, baru leh nmpk apa dia buat dengan benda nih
Video takdelah wan, ala fungsi dia sama masa kita belajar parking kereta driving school…
baru tau nie…cantik sesungut tu..haha, macam sesungut adapter wifi pun ada…perempuan memang digalakkan untk beli ni senang nak parking nanti.
Memang kereta ni wife yg drive, so memang memudahkan dia nak parking kereta…
terbaiklah bro! kalau dah minat, duit bukan halangannya
ambe belum teringin nak pasang, sbb ada ‘manual parking pole’…hehe
thanks bro berkongsi
Hihi tapi lama juga tunggu nak dapatkan aksesori ni..skrg baru dpt beli…
oh baru den tau fungsi benda alah tuh…hehe
Haa PM, benda ni ada fungsinya bukan sekadar aksesori semata-mata…
guna ni lebih yakin dari guna/pasang parking sensor depan, sebab terus nampak.
Ya betul tu DH, memang lebih jelas
kalau saya risau sb takut hilang..cermin kecil (sisi bentuk bulat) tu huhu,,,
Yang kita boleh tanggalkan dan simpan…
tak pernah tahu sebelum ni benda ni untuk kemudahan meletak kenderaan
Ada bro daha lama ada, cuma kita je yg tak tau…
menarik juga fungsinyer yer
SOp x pernah pasang aksesori kete kecuali tinted… heheh
Aksesori idaman ni sop hihihi
ohh untuk memudahkan parking rupanya..ingatkan sekadar hiasan je…hehe
Ada fungsinya puteri….kat jepun dah kira aksesori wajib ni…
ohh yer ke..ketinggalan keretapi la puteri ni nampaknya..hehehe
Skrg benda ni susah nak cari…
Mudahlah hendak meletak kerata dengan adanya pemasangan pole ini. Dahulu tertanya-tanya kegunaannya.
Utk parking yg sempit memang membantu sgt bro…
baru tahu juga tentang perkara ini..
Ditujukan kepada peminat modified kereta jihihi
Hehe..sayang ngat kereta dia..elok juga tu kan bro..senang kerja masuk parking nanti..hehe
Sayang bro, macam bini no2 hihihi
Hehe..alasan yang sama dengan saya..haha..blog pula bini no 3 ke?haha
Hahaha macam tau je bro ni…
siapa yang main JDM terutamanya K-car tau benda ni. Tak berapa berkanan la parking pole ni. Hehe
Memang kaki jdm memang cari benda ni…
ooo ada jugak aksesori cenggini ye, yelah senang nak agak lepas ke tak nak parking tu kan ;).
Senang Jun untuk kereta yg besar…
menarik ni… kalau ia berguna dan penting bukan lagi aksesori untuk bergaya… untuk Myvi mesti boleh masukkan?
Untuk myvi lagi banyak jenis..
Ilmu baru berguna. Terima kasih berkongsi!
Sama2 bro, manalah tau ada yg tertanya2…