Baju melayu anakku siap dijahit

baju melayu anakku siap dijahit

Assalamualaikum & salam sejahtera. Baju melayu anakku siap dijahit. Baju melayu anakku yang sulung iaitu Anaqie telah siap dijahit oleh isteriku. Baju melayu ini adalah kegunaannya di sekolah untuk dipakai pada setiap hari Khamis.

Untuk info, pemakaian baju melayu oleh lelaki bagi agensi kerajaan negeri Johor adalah pada setiap hari Khamis. Ini termasuk pemakaiannya di sekolah juga. Tujuannya adalah memastikan pakaian baju melayu tidak pupus dan terdapatnya program membudayakan al-Quran pada hari tersebut.

Baju melayu anakku ini dijahit sendiri oleh isteriku. Kebetulan ada pula mesin jahit baju dan mesin jahit tepi dirumah, jadi untuk mudah untuk menyiapkan baju melayu. Bagi melancarkan lagi proses menjahit, panduan jahit baju melayu digunakan sebagai rujukan. Memang memudahkan kerja menjahit baju melayu.

Jadi kepada mereka yang ingin belajar menjahit baju melayu boleh dapat panduan jahit baju melayu melalui link atau klik sahaja banner di bawah ini. Mudah menjahit baju melayu jika sudah tahu caranya sebagaimana baju melayu anakku siap dijahit ini. Wassalam…peace out

panduan jahit baju melayu dan seluar

[+] Download panduan jahit baju Melayu

SHARE IF YOU CARE --->
21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.