Baju melayu siap dijahit

Baju melayu siap dijahit

Assalamualaikum & salam sejahtera. Baju melayu siap dijahit. Akhirnya siap juga baju melayu teluk belanga ataupun johor hero-heroku untuk dipakai di pagi raya nanti. Nampak segakkan diorang. Terima kasih kepada isteriku kerana bukan sahaja baju melayu untuk hero-heroku malah sempat juga menjahit baju kurung untuk anak saudaranya sekali. Baginya menjahit baju kanak-kanak ni mudah dan tidak cerewet. Hanya dapatkan ukuran yang betul dan tepat ditambah pula dengan adanya panduan dan cara menjahit baju kurung dan baju melayu, baju tersebut dapat disiapkan dalam tempoh seminggu. Kebetulan pula aku ada mesin jahit baju dan mesin jahit tepi di rumah, jadi masa menjahit dapat dijimatkan dan kos dapat dikurangkan.

Ada lebih kurang seminggu lagi nak raya dan masih sempat kalau nak menjahit baju kurung dan baju melayu sendiri. Kalau terlupa cara-cara menjahit jangan risau boleh dapatkan panduan menjahit disini. Jadi dapatlah tahun ini aku membawa hero-heroku ke masiidkerana baju melayu siap dijahit untuk menunaikan sembahyang hari raya nanti. Wassalam…peace out.

P/s – Baju papanya tunggu dah nak hampir siap…

DON'T FORGET TO SHARE --->
45 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.