Bantuan Lesen 1 Malaysia @ BL1M

Bantuan Lesen 1 Malaysia : BL1M

Assalamualaikum & salam sejahtera. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Bantuan Lesen 1 Malaysia @ BL1M pada penghujung bulan ini dan dijangka 500,000 pemohon baru lesen motosikal kelas B2 akan menerima manfaat ini. 

Golongan sasaran ialah generasi berumur 17- 40 tahun bagi memfokuskan aspek keselamatan dan yuran yang dikenakan hanyalah RM 199. Bayaran adalah termasuk ujian berkomputer sehingga 3 kali, praktikal, gambar serta ujian teori yang semuanya ditetapkan oleh JPJ. Bayaran ini adalah murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM 350 hingga RM 690. Untuk mendaftar bolehlah klik sini ataupun sini.

Jadi kepada penunggang-penunggang  motosikal diluar sana yang belum memiliki lesen, jangan lepaskan peluang BL1M ini kerana kita tak tahu bila lagi peluang sedemikian muncul kembali. Jangan merempit lagi…

Wassalam….peace out

Kredit : BL1M

P/s – Memang beruntung sekarang ni, dulu aku terpaksa membuat kerja sambilan untuk mengambil lesen.

SHARE IF YOU CARE --->
33 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.