Bayar zakat fitrah

Bayar zakat fitrahAssalamualaikum & salam sejahtera. Bayar zakat fitrah. Selepas hampir 2 minggu berpuasa, akhirnya aku berkesempatan menunaikan kewajipan aku sebagai umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan membayar zakat fitrah. Sengaja aku membayar zakat fitrah awal kerana takut nanti terlupa memandangkan aku kini sedang menanti isteriku yang akan bersalin pada bila-bila masa saja. Untuk makluman kadar zakat fitrah di Johor ialah RM 5 dan RM 8 seorang. Kadar RM 5 untuk kadar beras biasa dan RM 8 untuk kadar beras wangi. Aku memilih membayar mengikut kadar beras wangi kerana bagiku bukanlah satu jumlah yang membebankan untuk aku 5 sekeluarga. Tahukah korang dengan membayar zakat fitrah, dosa kita bagi tahun ini diampunkan dengan izinNya. Malah amalan baik kita untuk tahun ini juga akan diterimaNya. Selain dari itu dengan membayar zakat dapatlah kita mendapat keberkatan dalam rezeki kita tak kira sama ada bekerja dirumah atau dimana-mana saja. Tujuan kita membayar zakat fitrah adalah kerana membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Itulah sedikit sebanyak kenikmatan yang kita dapat jika membayar zakat fitrah yang aku dengar dalam kutbah Jumaat hari itu. Aku dah bayar, korang macam mana dah bayar ke? Kalau belum jangan lupa bayar tau. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->

29 Replies to “Bayar zakat fitrah

  1. Saya dan sekeluarga belum membayar zakat fitrah, Insya Allah di penghujung minggu ini..
    Terima kasih ya, postingannya membantu saya mengingatkan untuk segera membayar zakat fitrah
    Semoga amalan kita di bulan ramadhan ini diterima Allah SWT…

  2. Saya belum bayar lagi Zakat Fitrah… In Shaa Allah, minggu depan saya bayar… Saya ni jenis suka bayar zakat pada minggu-minggu terakhir Ramadhan…

  3. Sebab zakat fitrah dibayar kerana ia dapat membersihkan harta kita selain membantu mereka yang memerlukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.