Berbuka puasa di Dayang Catering

Assalamualaikum & salam sejahtera. Berbuka puasa di Dayang Catering. Setelah lebih daripada 2 minggu berpuasa di bulan Ramadhan ini, dapat jugalah aku mencuba buffet Ramadhan yang berada di Johor Bahru. Kebetulan ada rezeki lebih sikit. Kali ini destinasi berbuka puasa aku di Dayang Catering yang terletak di Taman Merdeka, Johor Bahru. Kalau tak tau kat mana letaknya Taman Merdeka Johor Bahru bolehlah cari kat google. Mesti jumpa punya.

Buffet Ramadhan yang disediakan oleh Dayang Catering ini adalah kali pertama diadakan sejak 3 tahun beroperasi di Taman Merdeka ini. Aku dapat tau pun selepas melihat post di Facebook yang dikirim oleh tuan kedai tersebut yang secara kebetulan merupakan rakan lama aku yang dah lama tak berjumpa. Jadi selepas balik dari kerja terus bergegas ke sana bersama-sama isteri dan anak-anakku.

Tempatnya memang selesa dan bersih. Terdapat juga kemudahan surau bagi mereka yang ingin menunaikan solat selepas berbuka. Menu berbuka puasanya adalah terdiri masakan kampung dan nasi beriani. Ada juga mee rebus Johor, satay, mee bandung dan yang paling best ada daging kambing panggang. Memang banyak pilihan makanan dan minuman yang disediakan dan serta ada juga pencuci mulut dari buah-buahan hingga ke aneka bubur.

Jika korang berminat, khususnya yang tinggal di Johor Bahru bolehlah mencuba buffet Ramadhan di Dayang Catering, Taman Merdeka ini. Harganya tak mahal sangat dan pada aku kira berbaloi iaitu :-

Dewasa – RM 36 nett dan Kanak-kanak – RM 20 nett (bawah 6 tahun FOC) – Updated terkini! Untuk tempahan boleh hubungi di talian 012-7387508 (Asraf) / 0127655331 (Kamarul)

P/s – Terima kasih En Asraf atas layanan baik anda. Jika ada rezeki pasti akan datang lagi.

P/s/s – Harga bufet tertakluk kepada perubahan.

DON'T FORGET TO SHARE --->
40 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.