Bermain di Angry Birds Activity Park

Angry Birds Activity Parks

Assalamualaikum & salam sejahtera. Bagi mengisi kebosanan hari Sabtu lalu aku membawa familiku bermain di Angry Birds Activity Park yang terletak di Galleria@Kotaraya (dahulu dikenali sebagai Plaza Kotaraya) yang kini sudah berwajah baru. Taman permainan kanak-kanak yang bertemakan karektar permainan yang popular di dunia iaitu Angry Birds ini sememang menjadi satu tarikan untuk berkunjung disini terutamanya kanak-kanak.

Buat part time dirumah!

Taman permainan Angry Birds

Apabila nampak sahaja taman permainan ini, hero-hero aku apalagi terus menerjah dengan penuh ghairah. Kebetulan tak ramai orang yang berada kat situ. Seronoklah diorang dapat main sepuas hati. Lagipun kawasan taman permainan ini berbumbung jadi taklah panas dan terlindung daripada hujan. Dapat tengoklah reaksi mereka gembira habis bermain.

Panduan menjahit baju kurung

Angry Birds Activity Park

Angry Birds Activity Park ini dibina sempena mempromosikan Angry Birds Theme Park yang bakal di buka tidak lama lagi di Johor Bahru City Centre (dahulu dikenali sebagai Komtar Johor Bahru). Taman tema Angry Birds ini merupakan taman tema pertama di dunia dibina dengan kerjasama Johor Corporation dan Rovio Entertainment Limited bakal menjadikan bandaraya Johor Bahru tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Wassalam…peace out

Angry Birds Activity Park

Tips untuk mudah hamil!

UPDATE TERKINI – Angry Birds Theme Park akan dibuka pada 31 Oktober 2014 ini di Komtar JBCC, Johor Bahru.

  • Harga tiket Dewasa – RM 75
  • Harga tiket Kanak-kanak –  RM 60 (3 tahun ke atas)
  • Masa – 10.00 am – 10.00pm

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web rasmi;

http://www.angrybirdsactivitypark.my

DON'T FORGET TO SHARE --->
34 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.