Bila anak demam…..

Assalamulaikum………..salam sejahtera……….

Bila anak demam. Sekarang musim panas dan hujan yang tak menentu….. Perubahan cuaca ni boleh menyebabkan kesihatan kita boleh terganggu……bukan orang dewasa jek…..
budak-budak pun sama…… boleh kena demam……

Baru-baru ni ketiga-tiga hero aku baru pulih dari demam, batuk dan selsema……
Mula2 abang long kena demam, pastu jangkit plak kat abang ngah dia….last skali kat adik dia plak….
Kira-kira hampir sebulanlah aku dan bini aku tak cukup tido malam menjaga diorang demam ni…..

Kat sini aku ada beberapa petua dan tip-tip untuk budak-budak demam…
Antaranya ialah hero-hero aku ni demam bila malam jek…..siang hari diorang aktif….
So aku belilah alat termometer macam kat dalam gambar tu….senang nanti nak check suhu badan diorang….
Kalu suhu tinggi cepat-cepatlah bagi ubat…….Yela kalau budak-budak ni dah nak cecah 38 darjah Celcius kira dah demamlah tu…..

Kalau bagi ubat demam tak jalan kenalah bagi ubat cucuk bontot….. Tapi doktor ada cakap dekat aku yang diorang tak galakkan penggunaan ubat bontot tu…. takut nanti budak-budak terbiasa….
Pastu nak bagi suhu badan hero-heroku turun setiap masa aku dan bini aku lap badan dengan tuala basah…
Ini yang menyebabkan kita orang tak boleh nak tido sangat…..

Untuk selsema plak….hero-hero aku akan diletakkan kunyit kat hidung diorang… ni petua orang-orang tua yang aku dapatlah…..Caranya ambil kunyit hidup, pastu tenyehkan kat belakang lesung batu sampai hancur…
Ambil sikit letak kat hidung budak-budak ni…InsyaAllah…..buat 2 hingga 3 malam, selsema diorang cepat kering….Pastu jangan terperanjat hidung nanti ada kesan kuning kunyit…itu semua boleh hilang…

So….inilah cara-cara, tip-tip dan petua yang aku gunakan bila hero-hero aku demam…..Yang penting kita sebagai ibu bapa kena berusaha dan tawakal kepada Yang Maha Esa……

Wassalam…..peace out

SHARE IF YOU CARE --->
8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.