Blog boleh buka tanpa www (blogspot)


Blog boleh buka tanpa www (blogspot)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Blog boleh buka tanpa www (blogspot). Sebelum ini untuk membuka blog ini, aku kena taip url www dihadapannya dan barulah blog boleh dibuka. Kalau tak akan keluar error 404. Nasib baik masalah ini boleh diselesaikan setelah sekian lama aku biarkan. Rugilah aku kalau orang terlupa letak url www dalam link blog aku nanti. Domain yang ditaip tanpa www tu boleh dibuat redirect ke URL domain sebenar yang ada www. Penyelesaian ini hanyalah bagi mereka yang menggunakan domain berbayar di blogspot seperti aku.

Cara-caranya adalah seperti berikut :-

  • Buka admin dashboard blogspot, kemudian klik ke bahagian Setting > Basic.
  • Lepas tu tengok bahagian Publishing yang mengandungi alamat blog anda.
  • Tekan “Edit” untuk setting domain blog anda supaya URL tanpa www akan redirect ke URL yang ada www seperti gambar dibawah ini. 

Blog boleh buka tanpa www (blogspot)
  • Jangan lupa  klik kotak seperti dalam gambar kat bawah ini untuk redirect domain URL blog anda. Bila dah diaktifkan fungsi tu, URL yang ditaip tanpa www akan pergi ke URL yang ada www dan blog anda akan dapat dibuka tanpa sebarang error.
Blog boleh buka tanpa www (blogspot)
  • Jikalau masih berlaku error lagi dengan domain tanpa www selepas setting ini dibuat, anda kenalah recheck balik kod setting DNS domain anda. Tekan link “settings instructions” (rujuk gambar di atas) untuk tengok cara setting DNS domain. Manalah tau anda tersalah setting ataupun ada setting yang tertinggal.
  • Paling mudah bolehlah hubungi provider domain anda untuk selesaikan masalah ini kalau tak mahu pening-peningkan kepala.

Cubalah bagi mereka yang masih setia menggunakan domain berbayar di blogspot. Semoga masalah anda dapat diselesaikan. Selamat berblogging.
Wassalam…peace out.

DON'T FORGET TO SHARE --->
36 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.