Bonus penjawat awam dibayar 2 Januari 2014

Bonus penjawat awam dibayar 2 Januari 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera. Bonus penjawat awam dibayar 2 Januari 2014. Bonus penjawat awam akan dibayar pada 2 Januari 2014. Satu pekeliling mengenai pembayaran bonus penjawat awam 2014 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Kalau nak baca atau download pekeliling bolehlah klik DISINI.

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

Bagi penjawat awam bila pembayaran bonus ini dibuat adalah satu rezeki. Dapatlah juga meringankan beban perbelanjaan keluarga dimana pembayaran bonus penjawat awam setengah bulan gaji pada 2 Januari dibayar pada musim permulaan hari persekolahan. Cuma yang tak best pada aku ialah bila pembayaran yang dibuat pada 2 Januari 2014 itu kurang sesuai kerana kesuntukan masa membuat perbelanjaan. Jikalau bonus itu dibayar pada tarikh gaji bulan Disember 2013 adalah lebih sesuai. Dapatlah duit bonus itu itu digunakan untuk perbelanjaan persiapan sekolah dengan hati yang tenang.

Promosi hujung tahun Panduan menjahit baju kurung

Panduan keselamatan untuk wanita-PENTING!

Ini adalah daripada pengalaman aku sendiri, yang mana perbelanjaan tinggi diperlukan untuk persiapan persekolahan anakku yang sulung. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dengan penerimaan bonus ini. Kepada mereka yang menerima bonus penjawat awam 2014 ini, diharap dapatlah mengunakan duit bonus itu dengan sebaik-baiknya. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->

30 Replies to “Bonus penjawat awam dibayar 2 Januari 2014

  1. salam..anak bro yang sulong berapa tahun? wah keluar duitlah lagi jawabnya..jimat dan labur pada perkara betul2 penting kan bro

  2. Alhamdulillah. Lega sikit bajet next month bila dapat bonus awal sikit ni. Cuma yang merisaukan adalah tentang kenaikan harga barang selepas kenaikan tarif elektrik bermula Januari tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.