Caliph Buskers pemuzik jalanan hebat

caliph buskers pemuzik jalanan hebat

Caliph Buskers pemuzik jalanan hebat. Itulah yang dapat aku katakan kepada mereka. Nama Caliph Buskers terus menjadi popular di laman sosial setelah mereka membuat persembahan bersama kumpulan Mojo yang diketuai oleh Edry Abdul Halim dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) pada malam tadi.

Persembahan lagu Roman Cinta yang bertenaga telah mendapat tepukan gemuruh penonton di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Ini juga dapat dibuktikan dengan kemenangan mereka dalam kategori Persembahan Terbaik AJL 29.

Latar belakang ahli kumpulan Caliph Buskers

Berikut adalah latar belakang ahli kumpulan Caliph Buskers yang baru ditubuhkan setahun lalu terdiri daripada 6 anggota iaitu;

  • Ahli kumpulan terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.
  • Mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara yang merdu.
  • Merupakan kumpulan muzik jalanan yang memilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
    Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat, biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.
  • Mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60 dalam masa di atas dengan menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini. Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.
  • Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.
    Dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap.

Itulah sedikit sebanyak latar belakang ahli kumpulan Caliph Buskers. Semoga mereka terus berjaya dimasa akan datang nanti. Jom kita layan lagu nyanyian Caliph Buskers pemuzik jalanan hebat di malam AJL29.

Sumber : Youtube

SHARE IF YOU CARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.