Cara menurunkan kuning bayi

Cara menurunkan kuning bayi

Cara menurunkan kuning bayi. Pada zaman sekarang ini setiap kelahiran bayi sama ada bayi lelaki atau pun perempuan pasti menghidapi simptom kuning. Cuma yang membezakan mereka ialah tahap kekuningannya. Jika tinggi kuningnya pasti akan ditahan di hospital beberapa hari. Jika kuning di tahap yang rendah, sudah boleh boleh pulang ke rumah.

Sama seperti anak orang lain, anak aku tak terkecuali dari menghidapi simptom kuning. Untuk info, ketiga-tiga anakku sebelum ini memang menghidapi kuning ini. Ini kerana darah isteriku adalah jenis ‘O’ yang mana risiko menghidapi simptom kuning lebih tinggi. Tapi takpe, oleh kerana telah ada pengalaman sebelum ini, aku telah bersedia dengan pelbagai cara tradisional yang terbukti berkesan. In shaa Allah. Antaranya :-

  • Ibu bayi diberi minum susu kambing.
  • Bayi dijemur dengan cahaya matahari pagi setiap hari.
  • Ibu bayi diberi makan anggur hijau.
  • Bayi dimandikan dengan air rebusan batang kantan. Boleh baca entri itu disini

Inilah cara-cara yang aku gunakan bagi menurunkan kuning bayi yang selama ini dari anak pertama hinggalah anak yang ke empat. Petua ini aku perolehi dari mereka yang berpengalaman serta dari golongan orang lama. Semoga cara ini juga dapat digunakan juga bagi mereka yang memerlukannya. Apa-apa pun jangan lupa berdoa kepada Nya kerana ini semua adalah dengan izin Nya.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi satu panduan berbentuk ‘Ebook’ bagi mendidik anak menjadi pintar dan cerdas yang diberi nama¬†“Anak Pintar Cerdas”.¬†

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.

Oleh yang demikian, janganlah anda berlengah lagi. Dapat segera dengan klik banner dibawah ini;

SHARE IF YOU CARE --->
34 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.