Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta

Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta. Kusyen kereta adalah salah satu benda penting yang perlu ada di dalam kereta. Ada 2 jenis kusyen kereta yang selalu dipasang bagi kereta pasaran Malaysia iaitu jenis fabrik dan jenis kulit.

Kusyen kereta jenis fabrik ini memang lembut dan selesa tetapi mudah kotor dan sukar untuk dibersihkan. Manakala kusyen kereta jenis kulit juga lembut dan selesa tetapi lebih mudah dibersihkan jika kotor.

Kusyen kereta ini memang akan selalu kotor terutamanya kusyen kereta jenis fabrik. Bagi kereta famili, pastinya akan lebih kotor dari kereta mereka yang bujang. Dengan air tumpahnyalah, muntah bayi dan macam-macam lagi. Tapi kini ada cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta anda. Teruskan membaca.

Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta

Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta

Disini ada perkongsian mengenai cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta jenis fabrik. Apa yang anda perlukan hanyalah bahan-bahan yang berada di dapur iaitu;

  • Cuka masakan
  • Soda bikarbonat
  • Air suam
  • Botol spray
  • Cecair pewangi baju (untuk kurangkan bau cuka)
  • Kain pengelap

Berikut adalah cara menyediakan bahan pencuci tersebut adalah;

  • Campurkan 3 sudu besar cuka masakan, 1 sudu besar soda bikarbonat, segelas air suam dan sedikit cecair pewangi baju dalam satu bekas.
  • Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan tuangkan dalam botol spray.
  • Siap sudah bahan pencuci kusyen kereta anda.

Kini setelah siap bahan pencuci tadi, anda sudah boleh terus membersihkan kusyen kereta yang kotor tadi. Cara-cara untuk membersihkan kusyen kereta adalah seperti berikut;

  • Spray bahan pencuci tadi ke kusyen kereta anda dalam jarak 5 ke 6 inci.
  • Selepas itu, gosok sedikit dengan berus lembut (boleh guna berus sabut atau berus gigi)
  • Kemudian lapkan kusyen kereta anda dengan kain pengelap yang bersih.
  • Ulang langkah pertama hingga ketiga sehingga hilang kekotoran di kusyen kereta anda atau anda berpuashati dengan kebersihannya.

Senang bukan. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah atau mudah dibeli di kedai runcit, anda dapat membersihkan kusyen kereta anda. Berikut adalah gambar sebelum dan selepas kusyen kereta Alza admin yang telah dibersihkan menggunakan bahan pencuci itu tadi.

Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta
Sebelum dibersihkan
Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta
Selepas dibersihkan

Memang menjadilah bahan pencuci ini dan kusyen kereta lebih bersih seperti kereta baru. Gambar dibawah ini pula adalah kekotoran terhasil dari kain pengelap yang digunakan untuk membersihkan kusyen kereta tadi.

Cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta
Kekotoran yang terhasil

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai cara mudah dan murah membersihkan kusyen kereta untuk anda. Kerja membersihkan kusyen kereta ini memang agak memenatkan tapi apa yang penting ianya menjimatkan wang anda dan pastinya anda akan berpuashati dengan hasilnya nanti.

*Jika aircond kereta anda tidak sejuk walaupun sistem aircond tiada masalah, bolehlah menggunakan Mr Coil Treatment pencuci aircond kereta ini.

Klik link whatapps di bawah ini untuk pembelian;

EJEN SKUDAI JB – http://mrcoilskudaijb.wasap.my

Bagi yang tinggal berdekatan Skudai, JB bolehlah COD di Taman Mutiara Rini

DON'T FORGET TO SHARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.