Cara simpan duit dengan mudah

Cara simpan duit dengan mudah. Disini ada perkongsian mengenai cara menyimpan duit dengan mudah. Cara ini adalah yang paling mudah untuk diikuti dan yang paling selalu diamalkan oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, ditambah pula dengan kenaikan beberapa harga barangan keperluan asas seperti minyak petrol dan minyak masak, maka kita perlulah berjimat cermat berbelanja dan menguruskan kewangan kita. Salah satu caranya ialah dengan membuat sedikit simpanan. Berikut adalah beberapa cara penyimpanan yang mudah yang boleh anda ikuti;

Cara simpan duit dengan mudah

Cara simpan duit RM5

Ini adalah cara simpan duit dengan mudah yang paling mudah atau mampu milik. Hanya perlu simpan duit kertas atau not RM5 di dalam tabung sahaja. Setiap kali anda ada duit RM5 dalam tangan, jangan gunakan. Terus sahaja simpan di dalam tabung. Cara simpanan ini adalah yang paling mudah kerana nilainya yang kecil dan tidak terlalu membebankan serta hanya untuk mencapai matlamat atau tujuan yang tertentu. Anda boleh membuat beberapa tabung simpanan untuk tujuan tertentu seperti tabung kecemasan, tabung percutian dan macam-macam lagi.

Cara simpan duit dengan mudah

Cara simpan duit cabaran 52 minggu

Ini adalah cara simpanan yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi yang dipanggil cabaran 52 minggu. Jumlah simpanan dibuat mengikut minggu. Sebagai contoh minggu 1, nilai simpanan adalah RM1, minggu 2 pula nilai simpanan adalah RM2 dan seterusnya sehingga minggu 52 dimana nilai simpanannya adalah RM52. Jadi jumlah keseluruhan simpanan anda selepas minggu 52 akan bernilai RM1,378. Simpanan ini dianggap berjaya jika cukup simpanan selama 52 minggu. Seelok-eloknya simpanan bermula pada awal tahun bagi memudahkan kiraan. Cara simpan 52 minggu ini sesuai untuk simpanan jangka panjang seperti tabung pendidikan anak. Rujuk gambar dibawah.

Cara simpan duit dengan mudah

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai cara simpan duit dengan mudah yang dapat anda amalkan. Semoga anda berjaya membuat simpanan kerana dengan menyimpanlah dapat membantu kita di dalam kecemasan kelak atau menambah simpanan kita yang sedia ada.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.