Cara untuk mudah hamil

Cara untuk mudah hamil
Assalamulaikum & salam sejahtera. Cara untuk mudah hamil. Ini adalah sebahagian cara untuk mudah hamil atau mendapatkan anak bagi pasangan suami isteri yang aku amalkan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukannya niat aku untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak tetapi sekadar berkongsi pengalaman untuk mereka yang memerlukan.

Sedih bila terbaca dalam surat khabar tentang kes pembuangan bayi dan kes penderaan kanak-kanak beberapa bulan yang lepas. Senang-senang je dia orang memperlakukan sedemikian. Orang lain nak dapatkan anak punyalah susah. Ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk dapatkan anak. Belum dikira jumlah wang yang dihabiskan untuk menjalani rawatan kesuburan di hospital. Hanya Allah je yang tahu.

Ada beberapa cara untuk mudah hamil

Lupakan sebentar perkara tersebut. Disini aku nak share beberapa cara untuk hamil mengikut pengalaman yang aku ada. Antaranya ialah :-

  • Pertama si suami mesti tau masa yang sesuai (waktu subur) untuk bersama dengan isterinya. Ini penting kerana kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi jika kena pada masanya.
  • Kedua berurut. Masyarakat Melayu memang sinonim dengan berurut untuk mudah hamil. Biasanya si isteri akan pergi berurut dengan bidan kampung atau mereka yang arif dalam hal-hal sebegini menjelang perkahwinannya. Ini adalah petua dari orang-orang tua yang isteriku amalkan.
  • Ketiga si isteri mengambil suplement tambahan bagi memudahkannya hamil. Tapi awas pastikan dengan nasihat doktor atau mereka yang pakar supaya tidak mendatangkan kemudaratan nanti.

Itulah sedikit sebanyak cara-cara untuk mudah hamil yang aku dapat aku kongsikan. Sebenarnya ada  bermacam-macam cara untuk pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak atau pun hamil. Diantaranya seperti yang terdapat didalam buku panduan ini. Tak salah kalau kita mencuba. Jadi jangan berputus asa, teruskan berusaha. Apa-apa pun rezeki di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Banyakkan berdoa kepada-Nya. In shaa Allah, pasti ada ada cara untuk mudah hamil. Untuk mendapatkan panduan cara untuk mudah hamil silalah klik link atau banner dibawah ini. Wassalam…peace out

[+] KLIK DISINI – CARA UNTUK MUDAH HAMIL

DON'T FORGET TO SHARE --->
64 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.