Cerita aku dan keretaku

Assalamualaikum & salam sejahtera. Cerita aku dan keretaku. Disini aku nak kongsikan cerita aku dan kereta aku. Bukan nak menunjuk-nunjuk apatah lagi membangga diri, cuma berkongsi cerita tentang apa yang telah aku buat dengan kereta kesayangan aku ini. Kereta kesayangan aku ini ialah jenis Perodua Alza.

Jom lihat apa cerita aku dan keretaku

 1. Memasang stiker

Cerita aku dan kereta

Ini adalah perkara pertama yang aku buat selepas beberapa bulan memiliki kereta Perodua Alza ini. Ya, memasang stiker. Stiker ini dipasang dibahagian bawah pintu penumpang. Sebab utama aku memasang stiker ini adalah mencantikkan ruangan kosong di pintu penumpang. Selepas memasang stiker ini barulah nampak cantik dan bergaya. Stiker adalah tempahan khas.

2. Memasang parking pole atau parking mark

Cerita aku dan kereta

Memasang parking pole atau parking mark ini memang menjadi keutamaan aku sejak membeli kereta. Parking pole atau parking mark ini adalah aksesori yang dipasang pada kereta terutamanya kereta dari negara Jepun. Perodua Alza ada kembarnya di Jepun iaitu Toyota Passo Sette dan Daihatsu Luminas. Tujuan parking pole atau parking mark dipasang ialah untuk memudahkan kita meletakkankereta di petak meletak kenderaan. Kedudukannya yang dipasang disebelah hujung kiri kereta memberitahu kita dimana kedudukan hujung kenderaan dan seterusnya memudahkan kita meletakkan kereta. Parking pole aku ini adalah dari kereta Daihatsu Luminas. Harganya memang mahal tapi minat mengatasi segalanya.

3. Membeli aksesori dalaman

Cerita aku dan kereta

Aksesori dalaman pertama yang aku beli ialah tong sampah. Tong sampah ini aku beli di kedai aksesori kereta Jepun. Tujuan aku beli tong sampah ini adalah untuk mendidik anak-anak aku supaya tidak membuang sampah ke luar kereta. Buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.

Cerita aku dan kereta

Aksesori dalaman kedua yang aku beli ialah tag beginner mark. Beginner mark ini sebenar satu tag kereta yang popular dikalangan para modifikasi kereta terutamanya peminat k-car atau yang berkonsep JDM (Japan Domestic Model). Tag ini asalnya dari Jepun. Disana tag ini dikhaskan untuk pemandu-pemandu yang baru mendapat lesen memandu. Bagi peminat k-car atau konsep JDM, tag ini merupakan pelengkap kepada modifikasi kereta mereka.

Inilah cerita aku dan keretaku. Semoga korang terhibur dengan apa yang aku cuba kongsikan disini. Sekali lagi aku tegaskan, bukannya niat aku untuk menunjuk-nunjuk atau membangga diri. Cuma sekadar berkongsi cerita. Disamping itu, aku juga ingin berkongsi cerita berkenaan dengan memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta secara online.

Disini pihak RichPlan4U.com ada menawarkan perkhidmatan memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta secara online. Tawaran yang disediakan ialah potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2014. Banyak boleh jimat tu! Mudah dan tak payah beratur panjang. Kalau berminat boleh isi borang diskaun tu disini. Cepat jangan ketinggalan dapatkan diskaun 15% untuk memperbaharui insurans kereta korang ya.

Kalau korang ada masa juga, cubalah sertai peraduan “Aku dan kereta” anjuran syarikat RichPlan4U.com dengan kerjasama SalamMedia.my. Hadiahnya berbaloi juga iaitu 1 x iPad Mini dan 5 x power bank. Boleh semak syarat pernyertaan peraduan itu disini. Cubalah mana tau ada rezeki korang. Harap cerita aku dan keretaku boleh terpilih sebagai pemenang. Wassalam…peace out

Dapatkan panduan menjaga kereta disini;

Link – Panduan Menjaga Kereta : Mudahnya Menjaga Kereta

DON'T FORGET TO SHARE --->
22 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.