Contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41

Contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41. Adakah anda calon peperiksaan Penguasa Kastam W41? Tahniah diucapkan jika anda salah seorang daripada calonnya. Sudah buat persediaan? Buntu apakah bentuk soalan yang bakal keluar? Jangan bimbang. Disini ada perkongsian mengenai contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41.

contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam w41

Peperiksaan online Penguasa Kastam W41 ini dijangka akan diadakan pada 6 September 2014 mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh itu, calon yang dipanggil untuk peperiksaan online ini haruslah bersiap sedia pada tarikh tersebut.

Format peperiksaan online Penguasa Kastam W41

Format peperiksaan online Penguasa Kastam W41 pada kali ini hanyalah melibatkan 3 bahagian sahaja iaitu:

BAHAGIAN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 minit

Soalan : 50 soalan

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam w41

BAHAGIAN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit

Soalan : 40 soalan

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam w41

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh soalan

contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam w41

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.
Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain, kerana soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam w41

BAHAGIAN C- UJIAN PSIKOMETRIK

Secara ringkasnya, untuk seksyen C ini, calon diminta menjawab 200 soalan ujian psikometrik dalam masa satu jam sahaja.

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan psikologi. Tujuan seksyen ini untuk mengukur personaliti calon.

Contoh soalan

1. Dalam sebuah acara dan aktiviti, anda biasanya berbual dengan:
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja

2. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh:
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding undang-undang

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang
terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penguasa
Kastam W41 adalah lebih baik.

Demikianlah antara contoh soalan yang dikeluarkan oleh pihak SPA. Oleh sebab itu pihak Tim Infokerjaya dengan bermurah hati akan mengeluarkan satu panduan dan contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41 untuk persediaan kepada calon-calon peperiksaan.

Harus diingatkan juga contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41 yang dikeluarkan oleh pihak Tim Infokerjaya ini hanyalah sebagai rujukan dan panduan sahaja. Ini bukanlah soalan bocor atau pun soalan ramalan. Jika ada persamaan ianya hanya kebetulan sahaja.

Bagaimana ingin dapatkan contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41

Jika anda berminat dan inginkan maklumat lanjut, bolehlah terus ke laman Facebook kami di;

[+] https://www.facebook.com/panduanpeperiksaankerajaan

Atau, daftar untuk melanggan menerusi link dibawah ini;

Daftar Disini – Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Dan JIKA jualan panduan contoh soalan telah dibuka oleh pihak Tim Infokerjaya, anda boleh mendapatkannya menerusi link atau banner dibawah ini;

LINK JUALAN – PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41

P/s – Link jualan panduan telah dibuka. Cepat dapatkan sekarang!

SHARE IF YOU CARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.