Contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Disini terdapat satu contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 terkini kepada calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 dan lulus dengan cemerlang sebelum dipanggil untuk temuduga.

contoh soalan peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat s41

Tetapi sebelum itu ada sedikit info mengenai jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 seperti berikut :

Info jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Pelbagai Kementerian / Jabatan
Gaji Minimum : RM 1909.00
Gaji Maksimum : RM 8,644.00
Kadar kenaikan : RM 225.00

Syarat Lantikan :

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
  • lulus B. Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian/Jabatan.

Kenapa ramai calon gagal peperiksaan ini?

Seperti mana yang diketahui, statistik calon yang gagal setiap tahun adalah sangat tinggi kerana tiada persediaan awal seperti ini. Mungkin ada di antara calon yang memandang remeh tentang persediaan awal kerana menganggapnya seperti mengambil peperiksaan di zaman persekolahan tetapi percayalah, dengan adanya contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 inilah yang akan membantu calon ketika menjawab soalan nanti.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2019 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan peperiksaan pasti meningkat.

[KLIK DISINI – Contoh Soalan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S41]

Format peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Secara amnya, format peperiksaan bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 adalah hampir sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Jadi peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Berikut adalah format yang disediakan di dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Format peperiksaan bertulis  ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 45 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.

Contoh soalan :

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan : B

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Antara contoh soalan adalah seperti berikut :

Contoh soalan :

1. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250

Jawapan : B

Teknik Menjawab :

20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150

SEKSYEN C – LAPORAN BAHASA MELAYU

Soalan : 3 soalan pilih 1
Masa : 1 jam
Panjang Esei : Bebas

Seksyen C bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Melayu. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Contoh soalan :

“Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”

SEKSYEN D – LAPORAN BAHASA INGGERIS

Soalan : 3 soalan pilih 1
Masa : 1 jam
Panjang Esei : Bebas

Seksyen ini bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Inggeris. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Contoh soalan :

“Electronic Goverment in Malaysia, Discuss”

Demikianlah antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 adalah lebih baik.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Kini penjualan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang terkini telah dibuka oleh pihak Tim Infokerjaya. Walaubagaimanapun pihak kami akan membuka jualan dalam masa yang amat terhad bagi menjamin kualiti dan kuotanya. Oleh yang demikian kami mencadangkan anda membuat pembelian segera menerusi link atau banner di bawah untuk memilikinya. Jadi anda tidak akan terlepas lagi dan dapat membuat persediaan awal.

[KLIK DISINI – Contoh Soalan Peperiksaan Pembangunan Masyarakat S41]

Kelebihan mendapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Infokerjaya

Tiada lagi yang dapat dikatakan tentang contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang serba lengkap ini. Ternyata ianya merupakan panduan yang terbaik yang pernah dihasilkan. Contoh soalan peperiksaan ini telah banyak membantu calon-calon peperiksaan sebelumnya. Jika anda merupakan calon peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 dalam masa yang terdekat ini, saya cadangkan anda melanggan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ini sebelum terlambat.

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan sahaja.

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.