Daftar Rumah Impian Bangsa Johor | Hairulafiz.com

Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

Daftar Rumah Impian Bangsa Johor. Ya! Rumah Impian Bangsa Johor ini adalah cetusan idea dari baginda Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar demi membantu rakyat Johor yang belum memiliki rumah. Idea ini direalisasikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat. Objektif penubuhan Yayasan Sultan Ibrahim ini adalah memberi kemudahan dan bantuan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan masyarakat dalam pelbagai segi bagi mereka yang layak dan memerlukan. Ini akan memberi lebih banyak pilihan bagi mereka yang ingin memiliki rumah selain Rumah Mampu Milik Johor. Buat masa ini, tawaran Rumah Impian Bangsa Johor hanyalah untuk rakyat negeri Johor sahaja.

Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

Carta Organisasi Yayasan Sultan Ibrahim

Berikut adalah carta organisasi Yayasan Sultan Ibrahim yang akan memantau projek Rumah Impian Bangsa Johor.
Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Sultan Ibrahim ini, anda bolehlah melayari laman rasmi iaitu;

[+] Klik Disini – Yayasan Sultan Ibrahim

Atau anda boleh hadir terus ke pejabat Yayasan Sultan Ibrahim yang terletak di Larkin Sentral (Terminal Larkin) untuk sebarang pertanyaan.

Kategori Rumah Impian Bangsa Johor

Ini adalah kategori Rumah Impian Bangsa Johor yang bakal dibina oleh Yayasan Sultan Ibrahim;

Kategori
Harga
Pendapatan
Rumah Impian Sultan Ibrahim
RM 80,000 – RM 100,000
Tidak lebih RM 5,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor A
RM 100,000 – RM 150,000
Tidak lebih RM 8,000 sebulan
Rumah Impian Bangsa Johor B
RM 150,000 Ke atas
Terbuka dan tertakluk syarat

Buat masa ini, lokasi bagi pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor yang bakal dibina adalah di;

  • Bandar Dato’ Onn
  • Bandar Baru Majidee
  • Kampung Sri Pantai, Mersing

*Lokasi lain Rumah Impian Bangsa Johor akan diupdated kemudian jika ada makluman terkini. Harap maklum.

Cara Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

Bagi yang berminat untuk mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor, anda perlulah membuat pendaftaran menerusi laman rasmi Yayasan Sultan Ibrahim di;

[+] Klik Disini –  Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

*Anda akan menerima emel jika pendaftaran berjaya dilakukan. Sila pastikan anda menggunakan emel yang sah untuk tujuan pengesahan.

Pastikan anda mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan dalam membuat permohonan daftar Rumah Impian Bangsa Johor. Syarat-syarat yang ketat dan permohonan akan diteliti bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja boleh memiliki Rumah Impian Bangsa Johor. Kepada Bangsa Johor, jangan ditunggu lagi. Daftar Rumah Impian Bangsa Johor anda sekarang!

P/s – Sila bookmark entri ini untuk dapatkan update yang terkini.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.