Informasi

Dapat cabutan bertuah dari Perodua

Dapat cabutan bertuah dari Perodua

Assalamuaalaikum & salam sejahtera. Dapat cabutan bertuah dari Perodua. Baru-baru ini aku telah menghantar kereta Alza aku untuk diservis. Kebetulan hari tersebut merupakan hari promosi Syoknya Servis dari Perodua dan diadakan cabutan bertuah. Jadi aku pun tak melepaskan peluang ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan aku penjimatan wang dalam kos servis kereta itu nanti.

Selepas booking dibuat pada hari sebelumnya, aku pun hantarlah kereta Alza untuk diservis. Layanan mereka amatlah memuaskan. Tapi tak taulah mungkin kerana adanya hari promosi tersebut. Aku harap layanan terhadap pelanggan Perodua berterusan di tahap yang terbaik demi menjaga imej kereta tempatan.
Lebih kurang 2 jam kemudian siaplah kereta Alza aku diservis. Selepas pembayaran dibuat, aku dikehendaki mengisi satu borang untuk cabutan bertuah. Lupa pulak nak bagitau. Untuk menyertai cabutan bertuah Perodua, hendaklah membuat servis kereta berharga RM 100 keatas. Setelah selesai mengisi borang aku pun balik.

Dapat cabutan bertuah dari Perodua

Kemudian pada hari Sabtu yang lepas Pusat Servis Perodua Pontian menghubungi aku dan mengatakan aku telah memenangi saguhati cabutan bertuah. Syukur rezeki Allah. Walaupun hanya sebuah jam tangan, tapi aku tetap bersyukur. Dan aku diberitahu nama aku akan dihantar untuk cabutan di peringkat HQ pulak. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki lagi. Korang semua nanti doa-doakanlah ya aku berjaya.
Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

45 Comments on “Dapat cabutan bertuah dari Perodua”

  • alhamdulilah rejeki….tahniah bro

  • wahh.tahniah..:)

  • smart juga jam ni. suka dengan design dia. tahniah bro, murah rezeki nampaknya. InsyaAllah ada lagi rezeki tu dalam cabutan bertuah HQ nanti.

    • bolehlah bro, boleh dibuat koleksi…in shaa Allah doa-doakan bro…

  • Tanniah dapat jam ekslusif daripada Perodua.

  • wah bagus tu dapat cenderahati

  • Rezeki bro…moga dimurahkan lagi rezeki lepas ini…insyaAllah…

  • ha yang ni saya betul2betul jeles..mana nak cari jam jenama produa ni..bak sini la kalau tak nak..hahaha..tahniah bro…rezeki bro dah tu..

    • walaupun kurang berminat pada jam jenis jarum tapi yg ni ku nak simpan sebagai kenangan…limited tu bro..

  • tahniah
    rezeki memang ada di mana2
    syukur

  • tahniah!!! bilalah nak bertuah ni hehehe

  • tahniah, cantik jam perodua tu. moga bro menang kereta perodua pulak nanti.

  • wahh tahniah bro…moga menang lagi nanti 🙂

  • jam tangan perodua… limited tu… tahniah bro

  • dapat saguhati pon ok apa, betuah lah kiranya dah tu

  • tahniah.. sebagai kenangan tu

  • kecik atau besar itu rezeki namanya

  • wow! jam perodua tu bro!

    tahniah2…rezki sungguhlah..moga makin murah rezkinya …ameen

  • tahniah..bertuah tu..untung..x yah beli jam dah…

  • bagus klu perkhidmatan mereka tip tip layanan puas hati sapa yg tak mo dtg lgi heee jaln2 ke san nti sambil bawa bantal pelok ya

  • Alhamdulillah… 😀

  • tahniah dapat jam Perodua 🙂

  • tahniah..rezeki melimpah…syukur.

    • syukur bro, tak sangka kali pertama datang situ boleh menang plak..

  • smart jugak jam tuh bro…

  • tahniah bro