Diaz kembali bermain di JDT

Diaz kembali bermain di JDT. Ya, satu berita gembira buat penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim atau JDT ialah bekas pemain penyerang import JDT iaitu Diaz atau nama penuhnya Jorge Pereyra Diaz akan kembali bermain dengan pasukan JDT.

Diaz kembali bermain di JDT

Menurut sumber rasmi pasukan JDT iaitu Johor Southern Tigers, pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak jadi menjual Diaz masih mahukan beliau bermain untuk JDT sehingga tahun 2016. Ini kerana khidmat beliau diperlukan dalam membantu pasukan JDT mengharungi Piala AFC 2015 yang akan bergandingan dengan seorang pemain import JDT iaitu Luciano Figueroa. Selepas tamatnya Piala AFC 2015, Diaz akan dipinjamkan ke kelab Amerika atau Perancis sehingga Disember ini. Kemudian kontraknya akan disambung kembali bermula dari Disember 2015 hinggalah tahun 2017.

Bagi status pemain penyerang Alhaji Kamara pula, beliau akan dipulangkan kembali ke kelab asal beliau di Sweden. Manakala seorang lagi pemain import iaitu Pato Rodriguez masih kekal bermain bersama JDT dalam Liga Super 2015 dan Piala Malaysia  akan datang.

Semoga dengan adanya Diaz kembali bermain di JDT ini, pasukan JDT dapat memperkuatkan lagi di barisan serangan dalam pusingan kedua Piala AFC 2015 yang akan diadakan tidak lama lagi nanti. Tidak lupa juga impian Tuan Presiden PBNJ agar pasukan JDT dapat bersaing di peringkat tertinggi dalam Piala AFC 2015 dapat dicapai.

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.