Dividen ASB 2012 tertinggi dalam tempoh lima tahun

Dividen ASB 2012 tertinggi dalam tempoh lima tahun. Pihak Permodalan Nasional Berhad telah mengumumkan dividen ASB 2012 adalah sebanyak 7.75 sen termasuk bonus sebanyak 1.15 sen merupakan yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

dividen asb 2012

Dividen ASB 2012 menguntungkan

Sejumlah 7.82 pemegang unit bersamaan dengan 110.2 billion unit ASB akan menerima keuntungan yang tinggi sejak lima tahun lalu daripada pihak PNB. Ini adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, 7.00 sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009, 7.50 sen pada 2010 dan 7.65 sen pada 2011. Dengan pengumuman ini dapatlah pemegang unit ASB sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan serta dapat membantu dalam perbelanjaan sekolah anak-anak mereka bagi yang sudah berkeluarga macam aku. Bagi yang masih bujang dapatlah menambahkan lagi simpanan mereka untuk masa hadapan. Jadi bagi mereka yang ingin membuat simpanan yang menguntungkan, digalakkan membuat simpanan dengan ASB. Lebih mudah dan selamat. Wassalam….peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
24 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.