Dividen KWSP 2012 tertinggi

Dividen KWSP 2012 tertinggi

Assalamualaikum & salam sejahtera. Dividen KWSP 2012 tertinggi. Dividen KWSP bagi tahun 2012 sebanyak 6.15 peratus merupakan yang tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun. Menurut pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman kadar dividen itu adalah berasaskan 15 mata asas lebih tinggi berbanding 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011. Ini merupakan berita gembira buat 13.42 juta pencarumnya.
Sebelum ini dividen KWSP pada tahun 2009 ialah 5.65 peratus. Pada tahun 2010 pula dividen dibayar pada kadar 5.8 peratus. Ini juga membuktikan bahawa KWSP berupaya menguruskan dana serta melabur dengan baik bagi memastikan kesejahteraan persaraan pencarumnya. Jadi kepada pencarum KWSP boleh membuat semakan akaun anda di kaunter KWSP berdekatan ataupun disini.

Sumber : Berita Harian

P/s – Nasib baik aku dah takde akaun KWSP….

DON'T FORGET TO SHARE --->
30 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.