Download contoh soalan peperiksaan Akauntan W41

Download contoh soalan peperiksaan Akauntan W41. Disini ada perkongsian bagi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Akauntan W41 yang akan diadakan pada 6 Mei 2014 ini. Minggu lepas ramai calon yang sudah mula menerima surat dari SuruhanjayaPerkhidmatan Awam (SPA) untuk panggilan peperiksaan bagi jawatan Akauntan W41 ini. Jika anda masih belum pernah menerima surat dari SPA, ertinya mungkin ada masalah dengan borang SPA8i anda.

download contoh soalan peperiksaan akauntan w41

Format soalan peperiksaan Akauntan W41

Format soalan peperiksaan bertulis bagi jawatan Akauntan W41 ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

Bahagian A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji pengetahuan calon berkenaan senario sosio- demografi dan ekonomi Malaysia dan global. Calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara berkaitan dengan statistik, ekonomi, sosial, kewangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan isu-isusemasa. Soalan-soalan adalah bercirikan pengetahuan am yang perlu diketahui oleh calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon perlu peka kepada perkembangan semasa melalui media masa dan bahan bacaan yang lain. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.

Contoh soalan :

1. Dimanakah kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014 akan diadakan?

A Jerman
B England
C Brazil
D Afrika Selatan

Jawapan : C

Bahagian B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).Antara contoh soalan adalah seperti berikut :

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62

Jawapan : A

[Untuk melanggan download – Panduan peperiksaan Akauntan W41]

Bahagian C (ESEI BAHASA MELAYU))

Bahagian C bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Melayu. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Bahagian D (ESEI BAHASA INGGERIS)

Bahagian D pula bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Inggeris. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Demikianlah antara contoh soalan peperiksaan Akauntan W41 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Akauntan W41 adalah lebih baik.

Bagaimana untuk download panduan peperiksaan Akauntan W41

Pada masa kini penjualan download panduan dan contoh soalan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Tarikh jualan dibuka pada 1 Mei 2014 hingga 4 Mei 2014 sahaja. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda untuk melanggan download ini menerusi link bawah. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda atau klik banner dibawah jika tarikh jualan panduan sudah dibuka nanti. Jadi anda tidak akan terlepas lagi. Selamat berjaya.

[Untuk melanggan download – Panduan peperiksaan Akauntan W41]

DON'T FORGET TO SHARE --->

6 Replies to “Download contoh soalan peperiksaan Akauntan W41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.