FC Istiklol vs JDT Final AFC 2015

FC Istiklol vs JDT Final AFC 2015. Ini adalah perlawanan final atau akhir bagi pasukan JDT dalam Piala AFC 2015. Berikut adalah butir-butir perlawanan itu nanti :-

Ebook panduan menjahit baju Melayu!

FC Istiklolvs JDT Final AFC 2015VS

FC Istiklolvs JDT Final AFC 2015

FC Istiklol vs JDT Final AFC 2015

Tarikh : 31hb Oktober 2015 (Sabtu)

Masa : 5.00 pm (waktu tempatan)

8.00 pm (waktu Malaysia)

Tempat : Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
Server 1
Server 2
Server 3

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
JDT ( 1 )
VS
Istiklol FC ( 0 )

Panduan mudah hamil cara Islam!

Pasukan JDT akan menentang pasukan dari Tajikistan iaitu FC Istiklol bagi perlawanan final atau akhir dalam kejohanan Piala AFC 2015. Untuk info, pasukan JDT telah berjaya melangkah ke final setelah pasukan Al Qadsia SC telah dibatalkan penyertaannya dalam kejohanan antarabangsa oleh FIFA akibat campur tangan kerajaan dalam persatuan bolasepaknya. Pasukan Istiklol FC yang merupakan juara 4 kali dalam Liga Tajikistan juga melangkah ke final Piala AFC 2015 setelah satu lagi pasukan dari Kuwait iaitu Kuwait SC dibatalkan penyertaannya sebagaimana Al Qadsia SC. Oleh itu diharap perlawanan final pasukan JDT vs Istiklol FC dapat mempamerkan perlawanan yang hebat kerana masing-masing ingin mencipta sejarah menang di final Piala AFC 2015 ini.

Semoga perlawanan FC Istiklol vs JDT Final AFC 2015 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia khasnya dan Asia umumnya memenangi Piala AFC 2015 musim ini. Harapan penyokong Harimau Selatan hanyalah satu iaitu para pemain dapat memberikan persembahan yang terbaik serta bermain habis-habisan demi maruah negeri Johor khususnya dan amnya negara kita Malaysia di mata Asia nanti. Semoga kempen Asian Invasion yang dilaung-laungkan ini berjaya dicapai. Buat penyokong, jagalah nama baik pasukan JDT serta perilaku sekiranya menyaksikan perlawanan di sana nanti.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.