Filem Villa Nabila bakal ditayangkan pada tahun 2015

Filem Villa Nabila bakal ditayangkan pada tahun 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera. Filem Villa Nabila bakal ditayangkan pada tahun 2015. Ya, filem seram yang ditunggu-tunggu oleh peminat genre seram ini bakal ditayangkan pada 15 Januari 2015 (jika ada perubahan akan dimaklumkan) ini. Villa Nabilla yang dikatakan antara 10 tempat paling seram di dunia.

Filem yang diterbitkan oleh Skop Production ini dibintangi oleh pelakon Pekin Ibrahim dan pendatang baru Tisha Shamsir dan juga beberapa lagi pelakon baru. Naskah filem ini dari anak Datuk Yusof Haslam iaitu Shafiq Yusof yang dikatakan seorang pengarah muda yang berbakat besar.

Dengarnya penggambaran filem Villa Nabila ini dijalankan dilokasi sebenar Villa Nabila di Jalan Strait View, Bukit Serene. Apa-apa pun tunggu sahaja tayangan filem ini pada 15 Januari 2015 nanti.

Filem Villa Nabila bakal ditayangkan pada tahun 2015

Sedikit info mengenai Villa Nabila yang terletak berhadapan dengan Pantai Lido ini terdapat dalam beberapa versi. Antara versi yang dapat aku kongsikan ialah :

Versi #1

Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2

Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3

Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4

Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi #5

Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Versi #6

Versi terakhir ini macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Perkara sebegini biasanya terjadi didalam kawasan hutan sahaja.

Apa pun versinya anggaplah ianya sebagai asam garam kehidupan didunia ini. Sebagai orang Islam kita kena percaya bahawa ada juga alam ghaib yang mana ianya ciptaan Allah S.W.T jua. Cuma janganlah terlalu taksub sehingga jatuh kepada syirik. Wallahualam. Ok, jangan lupa tunggu kemunculan filem Villa Nabila bakal ditayangkan pada tahun 2015 ini ya.

 

DON'T FORGET TO SHARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.