From nothing to something

harimau selatanAssalamualaikum & salam sejahtera. From nothing to something. Ungkapan yang sesuai buat pasukan Johor DT atau jolokannya Harimau Selatan. Walaupun gagal memenangi sebarang piala pada musim 2013, impian Tuanku Ismail untuk merevolusikan bola sepak Johor telah tercapai.

Perokok tegar bacalah ini

Presiden PBNJ itu telah berjaya mengembalikan kegemilangan pasukan bolasepak Johor DT ke tahap yang amat membanggakan seperti pada tahun 90 an dulu. Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin telah kembali penuh dengan sokongan penyokong-penyokong setia pasukan Johor DT. Setiap perlawanan yang dihadapi oleh pasukan Johor DT pasti akan ditentang habis-habisan oleh pasukan lawan. Ini merupakan perkembangan positif yang boleh dibanggakan bagi suasana bola sepak Malaysia. Cuma tahun ini bukanlah rezeki buat pasukan Johor DT.

Khas untuk wanita

Apa yang pasti untuk musim depan pasukan Johor DT telah membuat rombakan besar-besaran. Antaranya membawa masuk pemain terbaik Argentina iaitu Pablo Aimar, bekas pemain bawah 21 Sepanyol, Broulio Rodriguez dan pemain tengah Lion XII iaitu Hariss Harun serta jurulatih dari Sepanyol, Cesar Ferrando Giminez. Disamping itu kehadiran pemain pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Mohd Asaruddin Putra Omar dan penjaga gol, Norazlan Razali bagi memperkuatkan pasukan Johor DT.

Apa-apa pun tahniah buat Tuanku Presiden kerana berjaya membawa pasukan Johor DT ke tahap yang terbaik di dalam Liga Malaysia. Bagi aku memang sesuailah ungkapan diatas “From nothing to something” untuk pasukan Johor DT.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->
41 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.