Genap setahun berblogging

Genap setahun berbloggingAssalamualaikum & salam sejahtera. Genap setahun aku berblogging. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Ilmu berblogging pun masih cetek lagi. Dalam masa setahun ini blog aku telah banyak mengalami perubahan.

Bermula dengan platform blogspot, kemudian menggunakan domain berbayar pada penghujung tahun 2012. Dan terkini perubahan yang paling besar dan yang paling berani ialah bertukar kepada self hosted domain yang menggunakan platform wordpress. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang banyak membantu terutamanya bloggerku ini. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

Banyak pengalaman manis yang aku dapat di dalam setahun berblogging ini antaranya menjana pendapatan melalui internet walaupun taklah banyak mana. Pada mulanya macam sangsi je, tetapi sejak mendapat komisyen yang pertama terus aku percaya yang kita boleh mendapat pendapatan tambahan dengan berblogging sahaja. Ianya bukan lagi mustahil. Yang penting usaha dan kena rajin bertanya pada yang pakar.

Dengan berblogging juga dapat juga aku menambah kenalan dan juga ilmu serta tips-tips yang dalam berblogging ini. Tak lupa juga peraduan, giveaway mahupun contest yang dianjurkan oleh rakan blogger. Ada juga antaranya pernah aku menangi. Memang ini merupakan pengalaman manis buatku.

Selepas ini aku berharap dapat blog ini terus mendapat kepercayaan buat pembaca dan juga rakan blogger yang lain. Dan paling penting dapat berkongsi tips-tips yang berguna kepada pembaca blog aku ini. Aku juga berharap dapat diberi peluang oleh para pengiklan diluar sana bekerjasama dengan aku. Terima kasih atas sokongan kalian. Wassalam…peace out

Untuk kaki bola yang sukakan cabaran

10 perkara untuk selamatkan bumi

Apa yang ada dengan Suprima S

P/s – Hari ni juga genaplah puteriku khaleeda huraiyah sebulan

DON'T FORGET TO SHARE --->
40 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.