Guiza dihantar pulang

Guiza dihantar pulang

Assalamulaikum & salam sejahtera. Guiza dihantar pulang. Pemain Johor Darul Takzim yang memakai jeris bernombor 14 ini khabarnya akan dihantar pulang. Gelagatnya yang tidak meraikan dua jaringan golnya ketika membantu Johor Darul Takzim merakamkan kemenangan 3 – 2 ke atas Terengganu di Stadium Larkin pada perlawanan tempoh hari telah memberikan seakan-akan petanda awal bahawa beliau akan bermain buat kali terakhir. Dikatakan masalah tuntutan gaji yang tidak mampu tampung oleh pasukan merupakan punca masalah ini. Apa-apa pun punca sebenar masih belum dipastikan.

Jika benar, ini merupakan pemain import kedua yang ditamatkan kontrak selepas Simone Del Nero yang juga ditamatkan kontraknya dengan pasukan Johor Darul Takzim. Apa-apa pun kena tunggu sehingga pintu perpindahan pemain dibuka pada 8 April 2013 ini. Semoga jurulatih Johor Darul Takzim dapat merangka strategi bagi meneruskan saingan di dalam Liga Malaysia nanti. Sumbangan Daniel Guiza untuk pasukan Johor Darul Takzim amatlah dihargai. Yang penting sokongan peminat setia terhadap pasukan Johor Darul Takzim tidak pudar.

“Luaskan kuasamu Johor”

Wasalam…peace out

Kredit : Berita Harian

SHARE IF YOU CARE --->
38 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.