Hari penghargaan bersama penyokong JDT

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari penghargaan bersama penyokong JDT. Ya, Persatuan Bolasepak Negeri Johor atau PBNJ akan menganjurkan satu majlis penghargaan kepada peminat dan penyokong bolasepak negeri Johor Darul Ta’zim atau JDT yang tidak jemu menyokong pasukan JDT dari awal hingga musim ke penghujung musim tak kira menang atau pun kalah.

hari penghargaan bersama penyokong JDT
Sumber : www.facebook.com/johorsoutherntigers

Berikut adalah butir-butir majlis tersebut :

Tarikh : Sabtu (15 November 2014)

Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm

Tempat : Dataran Bandaraya, Johor Bahru

Majlis yang diadakan ini akan bertemakan pasukan bola sepak JDT. Pada hari tersebut pihak pengajur akan menyediakan pelbagai menu makanan asli negeri Johor antaranya Mee Rebus, Mee Bandung Muar dan macam-macam jenis makanan lagi. Terdapat juga satu resepi yang paling istimewa disediakan iaitu BBQ Argentina TMJ. Kesemua menu makanan yang disediakan ini adalah percuma khas buat para pengunjung. Disamping itu terdapat juga persembahan para artis, D-Day bersama Boys Of Straits serta jualan merchandise original pasukan JDT yang akan dijual dengan harga yang paling istimewa.

Oleh yang demikian, buat warga Johor khususnya sekitar Bandaraya Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan majlis hari penghargaan bersama penyokong JDT ini bersama-sama DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta para pemain dan pegawai pasukan Johor Darul Ta’zim. Datanglah beramai-ramai.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->
8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.