Homemade bone steak

Assalamualaikum & salam sejahtera. Homemade bone steak. Hujung minggu lalu isteriku telah memasakkan aku satu menu kegemaran aku. Homemade bone steak namanya atau dikenali sebagai sup tulang merah. Kebetulan pula ada  lagi tulang serangka lembu dan daging korban tempoh hari.

Kuruskan badan dalam 25 hari sahaja!

Senang sahaja nak buat homemade bone steak ini sebenarnya. Ini juga merupakan resepi keluarga. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi ini. Antaranya ialah :-

Bahan A

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang kecil 5 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia 1 inci
  • Lada boh 2 sudu besar
  • Lada sulah 2 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Tomato puri 1 tin kecil
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daging lembu atau tulang serangka lembu/kambing l/k 1 kg

Bahan B

  • Bunga kobis
  • Kentang
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Kacang buncis

Cara memasak

Tumis bahan A (dikisar dahulu) sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri. Lepas tu masukkan air lebih kurang satu jag kecil (kalau nak kuahnya banyak tambah air lagi). Gaulkan bersama daging dan biarkan mendidih serta dagingnya empuk. Jika hendakkan kuahnya pekat bolehlah tambahkan sesudu tepung jagung.

Seni mempertahankan diri untuk perempuan

Setelah mendidih boleh masukkan bahan B kedalam periuk dan tambahkan garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika dan tutup api dapur. Kemudian hidangkan panas-panas bersama-sama roti atau pun nasi. Jadi jangan lupa mencuba. Wassalam…peace out

SHARE IF YOU CARE --->
26 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.