Homemade Durian Crepe

Homemade Durian Crepe. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Homemade Durian Crepe kali ini agak berbeza sikit. Berbeza dari segi warna saja. Rasanya tetap sama.
Olahan baru katanya.

Homemade durian crepe yang berbeza

Homemade durian crepe yang dibuat isteri aku kali berbeza sikit. isteriku meletakkan pewarna sirap untuk kulitnya. Rasanya sedap juga dan nampak ceria untuk dimakan. Hero-heroku pun suka kerana warna merah tu membuatkan mereka sentiasa lapar. Yela tak sempat nak disejukkan di dala peti sejuk, Homemade Durian Crepe dah nak habis.

Resepi untuk Homemade Durian Crepe senang je….



Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat crepe atau kulitnya

·  250gm tepung gandum
·  2 atau 3 biji telur
·  500ml santan Guna santan kotak pun boleh
·  1/2 sudu teh garam. Ikut citarasa masing-masing
·  Perwarna ikut kegemaran masing-masing.
   Tak kisahlah nak guna warna apapun. Macam aku guna pewarna pink dan kuning.

Semua bahan di atas hendaklah di kisar dengan blender dan ditapis. Tuangkan satu senduk bahan yang dikisar dan ditapis tadi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan kadar api yang kecil. Pastikan kuali yang digunakan jenis yang tidak melekat ataupun frying pan. Kepingan crepe atau kulitnya itu tidak perlu diterbalikkan. Angkat keluar dari kuali dan biarkan jer sejuk.

Bahan untuk intinya

·  1 Cawan Non Dairy Whipping Cream hendaklah dipukul sehingga sebati.
·  Isi durian yang telah dibuang bijinya. Kalau nak lagi bagus guna durian yang isi tebal kekuningan.

Letakkan whipping cream yang telah sebati di atas crepe atau kulitnya yang telah sejuk tadi dan kemudian letaklah isi durian ke atas whipping cream tersebut. Selepas itu lapiskan di atas isi durian itu dengan whipping cream sekali lagi. Selepas itu lipatlah crepe atau kulitnya tadi supaya ianya menutupi inti tadi. Ikut kreativiti masing-masinglah. Setelah siap simpankan di dalam peti sejuk selama beberapa jam dan selepas itu sudah sedia untuk dihidangkan.

Senang bukan cara nak membuatnya. Cubalah sementara sekarang ni musim durian….

P/s – terima kasih kepada rakanku Amy kerana memberikan beberapa biji durian untuk dibuat Homemade Durian Crepe ini.

Wassalam……peace out

 

SHARE IF YOU CARE --->
15 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.