Ipad Mini dilancarkan

APPLE telah melancarkan produknya yang terbaru Ipad Mini, yang mana saiznya jauh lebih kecil daripada ipad keluaran pertama APPLE baru-baru ini. Ini bagi memberikan saingan kepada seterunya iaitu Samsung dengan produknya Galaxy Note 2.

Ipad mini juga dikenalpasti boleh dipegang hanya dengan sebelah tangan sahaja berbanding ipad yang lama, lebih ringan dan ketebalannya pula hanya ibarat sebatang pen.

Antara ciri-ciri utamanya ialah 16 GB kapasiti storage, menggunakan cip A5 Dual Core, display selebar 7.9″ dan ketahanan bateri selama 10 jam.
    Harganya bermula dari USD 329 untuk model berwifi dan 16GB duit Malaysia lebih kurang dalam RM1006, atau USD 459 untuk model berwifi dan selular dan 16GB duit Malaysia lebih kurang dalam RM1404.

    Tapi harga ni tak pasti lagi pasal Ipad Mini ni belum lagi masuk dalam pasaran Malaysia. Dengar-dengar dalam bulan November baru ada…..

    Mana taukan kalau dapat rezeki terpijak boleh sambar satu…hihihihi…

    Wassalam…….peace out

    SHARE IF YOU CARE --->
    8 Comments

    Add a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.