Isu guru rotan murid

Isu guru rotan murid

Assalamualaikum & salam sejahtera. Isu guru rotan murid. Baru-baru ini aku ada terbaca dilaman sosial facebook yang mengatakan seorang bapa membuat laporan polis mendakwa guru merotan anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Memang terkejut jugalah bila baca kenyataan tersebut. Rata-rata mereka yang komen disitu memang tak bersetuju dengan tindakan bapa tersebut.

Belajar buat bun, roti dan pizza yang lembut!

Memanglah naluri seorang bapa ingin melindungi anaknya. Cuma pada pendapat akulah, tak kena pada tempatnya. Disini aku ada satu cerita yang ingin aku kongsikan mengenai pengalaman aku dirotan guru semasa bersekolah dulu. Ceritanya begini, bapa aku adalah bekas seorang guru. Bukan guru biasa tetapi guru disiplin. Jadi korang boleh bayangkan betapa tegasnya bapa akukan. Tapi bapa aku tegas bertempat. Masa bersekolah dulu memang tak berapa faham kenapa bapaku begitu tegas, lebih-lebih lagi dalam hal persekolahan.

Belajar menjahit baju melayu dan baju kurung!

Dipendekkan cerita pada satu hari itu, aku gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kelas aku. Jadi sebagai hukuman aku dirotan ditapak tangan sebanyak 3 kali. Masa itu aku belajar di darjah 6. Bila balik di rumah aku pun mengadu kepada bapaku. Nak tahu apa tindakannya. Aku rotan lagi 3 kali dipunggung. Malah bapaku siap memberitahu guru kelasku agar terus merotan aku jika mengulangi kesalahan yang sama lagi. Selepas daripada kejadian itu, aku dah tak berani mengadu apa-apa kesalahan yang aku buat di sekolah lagi.

Doa-doa khusus untuk mudah hamil!

Nampak tak perbezaannya. Bapa dahulu dan bapa sekarang. Bapa sekarang ini dah semakin memanjakan anaknya. Tugas seorang guru pun dah semakin mencabar. Jika bila anaknya tak pandai nanti, maka guru juga dipersalahkan. Memang tak dinafikan ada juga sebilangan kecil guru yang bertindak diluar batasan. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja. Sekarang ini pun guru-guru telah diberi panduan bagaimana untuk menghukum muridnya. Dah tak boleh menghukum sesuka hati lagi. Ada baik dan buruknya panduan ini. Cuma pada pendapat akulah, hukuman yang tegas demikian memang membuatkan kita serik untuk mengulangi kesalahan yang sama lagi.

Buat parttime dirumah boleh dapat RM5k-RM12k!

Dan kini aku sedar ketegasan yang diamalkan oleh guru kelasku dan bapaku dulu telah menjadikan aku manusia yang berguna sekarang ini. Jadi isu guru rotan murid ini tak perlulah diperbesarkan. Asalkan tak patah riuk anak sudahlah. Dan disini peranan ibu bapa amat penting dalam membimbing anaknya. Entri isu guru rotan murid ini dibuat atas pendapat peribadi aku sahaja. Jika ada yang terasa aku mohon maaf. Wassalam…peace out

Petua diet yang betul!

Sumber gambar : wikipedia

DON'T FORGET TO SHARE --->
19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.