Jadual perlawanan ACL 2020 bagi JDT dalam Kumpulan G

Jadual perlawanan ACL 2020 bagi JDT dalam Kumpulan G. Ya, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 akan bersambung kembali selepas ditunda akibat pandemik Covid-19 yang melanda serata dunia. Bukan sahaja saingan ACL yang ditunda, malah pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023 juga telah ditunda ke bulan November 2020 bergantung kepada keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Jadual perlawanan ACL 2020 bagi JDT dalam Kumpulan G

Berbalik kepada saingan ACL 2020 ini, sedia maklum yang pasukan JDT berada di dalam Kumpulan G bersama-sama dengan dua bekas pasukan juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) iaitu Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan, Guangzhou Evergrande Taobao dari China dan Vissel Kobe dari Jepun.

Setakat ini pasukan JDT hanya dapat mengutip 3 mata dari 2 perlawanan dan berada di kedudukan kedua di belakang pasukan Vissel Kobe. Pasukan JDT mengutip 3 mata berharga dengan menewaskan pasukan Suwon Samsung Bluewings pada perlawanan yang kedua. Tetapi pada perlawanan pertama, pasukan JDT telah tewas di tangan pasukan Vissel Kobe.

Jadual perlawanan JDT Liga Juara-Juara (ACL) 2020

Berikut adalah jadual perlawanan JDT Liga Juara-Juara (ACL) 2020 bagi Kumpulan G. Untuk info, kesemua perlawanan ACL 2020 ini akan diadakan di Qatar bermula dari 19 November 2020 hingga 4 Disember 2020.

  • JDT vs Guangzhou Evergrade Taobao
    • Tarikh : 19 November 2020 (Khamis)
    • Tempat : Stadium Antarabangsa Khalifa
    • Masa : 4 petang (waktu Qatar)
  • Suwon Samsung Bluewings vs JDT
    • Tarikh : 25 November 2020 (Rabu)
    • Tempat : Stadium Antarabangsa Khalifa
    • Masa : 4 petang (waktu Qatar)
  • JDT vs Vissel Kobe
    • Tarikh : 1 Disember 2020 (Selasa)
    • Tempat : Stadium Antarabangsa Khalifa
    • Masa : 4 petang (waktu Qatar)
  • Guangzhou Evergrade Taobao vs JDT
    • Tarikh : 4 Disember 2020 (Jumaat)
    • Tempat : Stadium Antarabangsa Khalifa
    • Masa : 4 petang

* P/s – Waktu Malaysia adalah 5 jam awal dari waktu Qatar.

Demikianlah perkongsian mengenai jadual perlawanan ACL 2020 bagi JDT dalam Kumpulan G. Sebarang perubahan tarikh dan masa perlawanan adalah tertakluk kepada AFC. Harap maklum.

Semoga kesemua perlawanan yang pasukan JDT tempuhi ini dapat memberikan keputusan yang baik. Diharap juga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT.

UPDATE! – JDT terpaksa menarik diri dari perlawanan ACL 2020 disebabkan larangan ke luar negara oleh MKN.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.