Assalamualaikum & salam sejahtera. Jadual perlawanan Piala Malaysia 2014. Seperti yang diketahui pengundian pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia 2014 telah pun diumumkan. Skuad yang mewakili negeri Johor Darul Ta’zim iaitu pasukan JDT dan JDT II telah diletak dalam Kumpulan C dan kumpulan A. Berikut adalah senarai keputusan undian kumpulan pasukan masing-masing :
Keputusan undian Piala Malaysia 2014
Kumpulan A
- Pahang
- Lions XII
- Felda United
- JDT II
Kumpulan B
- Terengganu
- Sarawak
- Perak
- Kedah
Kumpulan C
- JDT
- Kelantan
- ATM
- Pulau Pinang
Kumpulan D
- Selangor
- Sime Darby
- T-Team
- PDRM
Nampaknya Kumpulan A boleh dikatakan kumpulan maut kerana diletakkan bersama juara dan naib juara Pial FA 2014 iaitu Pahang dan Felda United serta bekas juara Liga Super 2013 iaitu pasuka Lions XII. Apa-apa pun diharap pasukan JDT II terus fokus dan berjuang berhabis-habisan tak kira siapa pun lawannya.
Panduan menjahit baju melayu dan baju kurung
Bagi satu lagi skuad Johor Darul Ta’zim iaitu pasukan JDT menganggap kedudukannya dalam Kumpulan C agak seimbang berdasarkan prestasi semasa pasukan lain biarpun baru sahaj merangkul gelaran juara Liga Super 2014. Cuma corak pasukan Pulau Pinang sahaja yang belum diketahui kerana tidak pernah bertemu. Semoga pasukan JDT terus komited bagi menjulang Piala Malaysia 2014 kali ini.
Buat duit dengan bisnes biskut raya
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Malaysia 2014 untuk semakan buat penyokong pasukan masing-masing. Semoga semua perlawanan berjalan dengan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Jadual perlawanan Piala Malaysia 2014
“Luaskan kuasamu Johor”
“Bola sepak menyatukan semua”
Sumber : JOHOR Southern tigers