JDT berada dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019

JDT berada dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019. Ya! majlis undian bagi menentukan kumpulan bagi 16 pasukan yang bertanding di dalam Piala Malaysia 2019 telah pun selesai diadakan baru-baru ini. Kesemua 16 wakil pasukan bertanding telah hadir bagi menyaksikan majlis undian yang dijalankan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC).

Bagi peminat bolasepak tempatan terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim atau JDT, pastinya tertunggu-tunggu dimanakah kedudukan pasukan JDT dan siapakah yang bakal menjadi pesaingnya. Berikut adalah kedudukan pasukan yang bertanding selepas majlis undian tersebut.

JDT berada dalam Kumpulan B Piala Malaysia 2019

Pasukan JDT telah diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan PJ City FC, PKNP FC dan UITM FC. Di atas kertas seakan menunjukkan pasukan JDT mendapat laluan mudah. Hakikatnya pasukan lawan tersebut pasti akan bermain bermati-matian dan memberikan tentangan yang hebat. Selagi sepak mula belum dimulakan, selagi itulah semua pasukan adalah sama kuat.

Lihatlah pasukan PJ City FC, mereka adalah satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan pasukan JDT di Larkin dalam saingan Liga Super 2019. Bagi pasukan PKNP FC pula, mereka berjaya mengikat pasukan JDT dengan jaringan 1 – 1 di Stadium Manjung, Perak di dalam Liga Super 2019. Manakala buat pasukan UITM FC pula, mereka pernah bertemu dengan pasukan JDT ketika di dalam saingan Piala FA 2018. Tetapi pasukan UITM FC telah tewas di tangan pasukan JDT dengan jaringan tipis 3 – 2.

Ini bermakna pasukan JDT mestilah berhati-hati dan tidak bermain sambil lewa. Barisan kejurulatihan pasukan JDT perlu memastikan yang para pemain kekal fokus di dalam padang dan tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan. Sebarang kesilapan mudah pasti akan membawa padah kepada pasukan JDT.

Piala Malaysia 2019 dijadualkan akan bermula pada 3hb Ogos 2019 dan perlawanan akhir pada 2hb November 2019. Semoga pasukan JDT berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2019 kali ini. Luaskan kuasamu Johor!

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.