JDT diundi bersama Kumpulan C Piala Malaysia 2018

JDT diundi bersama Kumpulan C Piala Malaysia 2018. Minggu lepas telah berakhirnya perlawanan Liga Super 2018 bagi semua pasukan yang bertanding. Pasukan JDT telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2018 buat kali ke 5 berturut-turut sejak tahun 2014. Kini persaingan Piala Malaysia 2018 akan bermula dengan 12 pasukan yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan piala yang paling lama dipertandingkan dalam sejarah bolasepak Malaysia.

JDT diundi bersama Kumpulan C Piala Malaysia 2018

JDT diundi bersama Kumpulan C Piala Malaysia 2018

Persaingan bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia 2018 ini akan bermula dari 3 Ogos 2018 hingga 3 November 2018. Ini bermakna, setiap pasukan hanya mempunyai masa lebih kurang sebulan untuk mempersiapkan pasukan dari segi taktikal dan strategi terbaik dalam perlawanan ini.

Setelah undian Piala Malaysia 2018 dibuat baru-baru ini, pasukan JDT telah diundi bersama-sama dengan pasukan Kedah FA, Kelantan FA dan MIFA di dalam Kumpulan C. Persaingan di dalam Kumpulan C ini boleh dikatakan seimbang dengan setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi pasukan JDT, persiapan bagi menghadapi piala paling berprestij ini harus diteruskan. Biarpun ada beberapa pemain utama yang dilepaskan untuk bermain demi negara dalam persaingan Piala Asia 2018 di Jakarta pada bulan Ogos ini. Barisan kejurulatihan pasukan JDT pastinya telah bersedia menurunkan beberapa pemain yang lain serta dengan taktikal yang ampuh bagi memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2018 berada di bumi Johor nanti.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.