JDT diundi di dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020

JDT diundi di dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020. Satu undian bagi menentukan kedudukan kumpulan pasukan bolasepak Asia yang bertanding di dalam liga elit Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 telah diadakan pada hari Selasa yang lepas. Undian telah diadakan di Rumah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur.

JDT diundi di dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020
Sumber : johorsoutherntigers.com.my

Satu-satunya wakil Malaysia iaitu pasukan JDT, telah diundi di dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020. Bersama-sama pasukan JDT adalah dua bekas pasukan juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) iaitu Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan dan Guangzhou Evergrande Taobao dari China.

Satu lagi pasukan yang akan bersama-sama bersaing dalam Kumpulan G adalah pasukan dari Jepun yang akan ditentukan selepas final Piala Maharaja Jepun musim 2019 pada 1 Januari 2020 nanti.

#Updated – Vissel Kobe dari Jepun bersaing dalam Kumpulan G.

Pasukan dalam Kumpulan G ini bukanlah pasukan yang biasa-biasa. Mereka adalah bekas juara Liga Juara-Juara AFC (ACL). Guangzhou Evergrande dari China di bawah bimbingan legenda Itali, Fabio Cannavaro, menjadi juara ACL pada 2013 dan 2015 manakala Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan pada 2001 dan 2002.

Oleh itu, pasukan JDT mestilah bersiap sedia menghadapi perlawanan tahap tertinggi. Para pemain mestilah memberikan sepenuh komitmen 100 peratus demi lencana di dada. Tunjukkanlah pada pihak lawan yang pasukan dari Malaysia mampu memberikan tentangan yang hebat.

Semoga pasukan JDT berjaya melangkah ke peringkat tertinggi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 nanti dan mengharumkan nama negara Malaysia umumnya dan nama negeri Johor khususnya.

DON'T FORGET TO SHARE --->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.