JDT vs Kedah FA Liga Super 2019

JDT vs Kedah FA Liga Super 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Cara buat duit di Shoppee

JDT vs Kedah FA Liga Super 2019

VS

JDT vs Kedah FA Liga Super 2019

JDT vs Kedah FA Liga Super 2019

Tarikh : 26hb Mei 2019 (Ahad)

Masa : 10.00 Malam

Tempat : Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveTV3TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
JDT ( 2 )Kedah FA ( 0 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Kedah FA ini adalah perlawanan kelima belas buat pasukan JDT dalam jadual Liga Super 2019. Untuk info, pada pertemuan yang lepas di Stadium Darul Aman, pasukan JDT berjaya mengikat kedudukan seri dengan pasukan Kedah FA dengan jaringan 1 – 1.

Sedia maklum, jadual pasukan JDT amatlah padat termasuk perlawanan terakhir dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 menentang pasukan Gyeongnam FC tempoh hari. Namun pasukan JDT tidaklah boleh menjadikan kepadatan jadual sebagai alasan. Ini kerana, dengan kemenangan sahaja dapat memperkukuhkan penguasaan pasukan JDT di tangga teratas Liga Super 2019 dan menjarakkan mata dengan pesaingnya.

Prestasi pasukan Kedah FA kini boleh dikatakan berada di tahap yang terbaik. Kini mereka menghuni di tangga keempat Liga Super 2019 dibelakang pasukan Selangor FA. Pastinya mereka akan bermain bermati-matian bagi menewaskan pasukan JDT, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya layak ke separuh akhir Shopee Piala FA 2019. Bahagian kejurulatihan pasukan JDT haruslah merangka strategi terbaik seperti penggiliran pemain bagi mengelakkan para pemain keletihan dan perubahan taktikal yang sesuai. Oleh yang demikian, perlawanan yang berkualiti dapat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan itu nanti terutamanya pasukan JDT.

Semoga perlawanan antara pasukan JDT vs Kedah FA Liga Super 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong Kedah FA yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.